Sunday 23 January 2011

Subang tipu-tipu



waktu kecik-kecik, belum tindik telinga selalu main lekatkan telinga dengan subang tipu-tipu begini dan bergaya macam perempuan dewasa pakai subang. kemudian, bila yati dah pergi tindik telinga dulu, dan diri sendiri sangat penakut nak pergi tindik telinga, berhenti main subang tipu-tipu sebab tak ada kawan lagi nak bergaya. waktu main selalu jeling-jeling tengok telinga yati, sebab teringin sangat nak pakai subang. HAHA



rasa tak? 
bila memori dulu-dulu datang, anda senyum kemudian mula rasa macam banyak kupu-kupu terbang dalam hati. 





atau aku
yang jadi terlalu simbolik, haih

Saturday 22 January 2011

Senyum lebar







Day 4 : your favorite photograph of your best friend












rasa gembira lihat senyum lebar mereka!








mereka adalah kawan baik disini dan sampai bila-bila insyaAllah,
(kiri) abang long, sashi
(depan) kak long, kalai
(tengah) kak ngah, mel








*Location; Pesta Tanglung Usm





Thursday 20 January 2011

Hitamputih, beza bahasa dan jalan untuk di ingati

day 2 : your favorite movie




filem satu.

Tapi kalau filem yang dari dulu sampai sekarang, tonton sampai tak jemu-jemu, sampai hafal skrip boleh 'miming' ikut mulut pelakon, mostly filem allahyarham tan sri p. ramlee. super ajaib! setiap kali tengok, rasa fresh walau tahu selepasnya akan jadi apa dan kenapa. boleh gelak ketawa bagai nak rak, walau dah pernah dengar lawak yang sama berulang kali. paling suka seniman bujang lapok kot, terutama yang waktu mereka pergi audition kat studio tuh. kalau tengok cerita tuh kat rumah, nak-nak pulak tengok dengan famili, bila time dialog waktu tuh selalu cakap cepat-cepat, konon-konon nak tunjuk terrer sebab berjaya menghafal dialog, selalunya, ecah akan tengok kakak dia neh dengan muka macam 'wah, kakak sangat hebat' HAHA


Kalau time cerita-cerita P.Ramlee, si ecah sanggup korbankan cerita kartun hagemaru (cerita kartun jepun yang macam mengong gila dan tak tahu kenapa dia suka gila kartun demikian) tanpa sebarang penyesalan. cerita-cerita P.Ramlee berterusan jadi ajaib, walau selepas berpuluh-puluh tahun, ketika kita dah mula ada banyak tona warna ketika menonton. mungkin filem-filem P.Ramlee semuanya hitamputih, tapi hampir semua filem-filem beliau punya tona warna yang hebat dari segi cerita didalamnya. Satu lagi bukti, physical itu equal to zero.


dan rasanya sangat sedih bila tonton dokumentari pasal P.Ramlee dekat history channel haritu, untuk semua gelak ketawa yang dia beri, rupanya banyak air mata selepasnya. ALFATIHAH.




filem dua.

kedua mak dan ayah juga sangat pengemar cerita hindustan tegar. jadi kalau balik rumah, menonton hindustan bersama mereka itu sudah jadi macam perkara biasa. sekarang, ayah dah ubah feel sikit, sebab katanya hindustan sekarang tak best macam zaman dulu, jadi masih juga menjadi peneman ayah menonton cerita, cuma sekarang suka tonton cerita tamil. filem tamil kurang sikit babak cinta, campuran pelbagai isu lain dan kadang-kadang bila ada selingan komedinya, serius sangat lawak gila. cuma bila balik Usm jumpa Kalai dan cerita tengok filem tamil yang ini dan itu, bila kalai tanya tajuk apa, selalu tak ingat tajuk, sebab selalunya tak baca pun tajuk apa. main tengok je ;p tapi hasil penceritaan kalai, kenal juga la dua tiga orang pelakon, HEHE.



filem tiga.
filem yang selalu tonton banyak kali kategori english, adalah filem ini;








a walk to remember

filem yang ajaib, sampai kita boleh cuma baca subtitle file nya tanpa tonton filem tapi rasa sama, huhu



Jamie: I have my beliefs.
I have faith, but don't you?
Landon: No. There's too much bad shit

in this world.
Jamie: Without suffering,
there's no compassion.












*dalam thesaurus kikisuhaimi, tonton banyak kali itu beerti, tonton tanpa jemu sebab suka