Thursday 7 October 2010

Mimpi

mungkin betul mimpi mainan tidur,
mungkin mimpi itu petanda,
sebarang mungkin diatas mungkin benar,
mungkin aku memang bukan orang bijak tafsir mentafsir,


tapi dua mimpi dengan malam berturutan,
dan tiba-tiba hati jadi semangat membuat segala kerja, segala asignment,
tiba-tiba secawan kopi pekat dengan air minimum jadi ubat tidur yang paling berkesan untuk mimpi,

tiba-tiba rasa mahu masuk dalam mimpi orang yang dimimpi,
tapi kemudian kembali sedarkan diri

Menulis dengan semua rasa

Malam yang panjang,

Sambil-sambil buat tugasan, baca balik entry lama, sangat lawak dan lucu. Satu blog harus jadi luahan hati sendiri, dan aku selalu hanya pilih perkara gembira-gembira sahaja(mungkin sebab itu aku tak tulis setiap hari, ada banyak selang-selang hari yang aku tak dapat cari rasa gembira untuk tulis, jadi aku diam, padahal ini blog sendiri)

Ya ada sedikit entry yang bersifat marah dan sedih, boleh bilang pakai jari sepuluh. itupun selepas aku edit rasa yang patut orang tahu, dan rasa yang patut biar simpan kejap-kejap. Aku banyak tonjolkan rasa gembira-gembira sahaja, bukan dekat maya, dekat blog, dekat dunia luar juga, sampai bila sekali aku expressikan marah, bengang, bongok, orang tak reti bereaksi, aku rasa salah sebab marah dan bengang sedangkan aku memang patut marah dan bengang.


Tak salah untuk jadi marah, bengong, sedih asalkan kita belajar dari situ. Kau tipu kalau kau kata, seumur hidup kau rasa cuma gembira-gembira, semuanya harus seadanya, marah, bengang, bengong, sakit hati, sedih malah mungkin juga cinta, semuanya. Sebab kalau sepenuhnya, kita tanpa sedar ,mengambil bahagian-bahagian  lain nak penuhkan satu bahagian cuma dan kemudian sedar sebenarnya hilang sana-sini.


Jadi lepas ini shakirah nak belajar menulis dengan semua rasa insyaAllah ;)



Secawan kopi, kita kalah

secawan kopi
aku,
bancuh pekat-pekat,
hitam likat,
sampai mata tak tembus dasar cawan,
biar tajam pandang dasar buku ratus-ratus muka surat,
bisa baca faham ribu juta patah kata,
bukan baca-baca tapi hilang,
macam mimpi,
kopi aku bancuh
hitam,
pekat dan likat,
wajib pahit,
pelik,
bila rasanya,
kosong dibalik warna pekat hitam.






ada ketika yang mimpi selalu menang,

.kiki.
061010@11.38 malam