Wednesday, 20 August 2014

Masalah

Bila ada masa gembira, gelak ketawa.
Potret cepat semua rasa dalam hati, ingat cepat-cepat setiap bait hujung senyum ketawa lebar --

Masa sedang pergi. 
Jangan jadi sang cinderella yang gembira sangat, lupa masa.
Jangan biar gembira
Sampai saat kita mahu lihat semula gembira tadi, kita jadi lupa --

Dan gembira sudah jauh.
-----
Entah emo malam-malam. Hari ini ada rasa sikit sikit kurang gembira ;) Takpalah. Biasalah kan namanya hidup. Kalau cakap soal masalah ni, penuh takkan habis. Biar jelah. Tadi ada seorang sahabat whatsapp, dia sedang sedih, dah berapa hari begitu, sembang-sembang, dia taip,

"Kenapa aku takleh jadi macam hang"
"Tak sekuat hang"
"Tak pernah tunjuk ada masalah"

Aduh sahabat, aku ini menangis sama banyak dari gembira (mungkin nisbah menangis itu lagi banyak) , tapi aku tak punya orang untuk aku kongsi sedih, selalu aku nangis sendiri.
Alhamdulillah, ini blessing in disguise bagi aku, nangis seorang buat aku kuat, sebab siapa lagi nak pujuk hati sendiri kan? HAHA Kadang kala bila aku nak tergelincir jauh dari jalan Tuhan, aku jadi malu sendiri, aku cepat-cepat merangkak masuk semula, aku cuma ada Tuhan bila aku nangis. Takkan aku nak tinggal Tuhan bila aku gembira?

Thursday, 14 August 2014

Dark clouds

"Why are the rain clouds dark, when the rain is actually  colourless?"

Pic taken few months back.

;)

Hari hari yang aku biar

Alhamdulillah untuk rasa gembira ini. Alhamdulillah untuk bila ke mana pun aku pergi mesti dipenuhi dengan orang yang manis. I pray that I will selalu gembirakan orang-orang yang baik ini.

Hujung tahun lepas, so many things happened, manis dan kurang manis (masam, pahit, separuh rasa, tanpa rasa~ ) Dan semuanya buat aku belajar, buat aku kenal siapa dan kenapa. Kadang aku rasa aku ini ada macam selective blogger syndrome (syndrome rekaan sendiri), aku akan tulis perkara yang manis sahaja, aku akan tulis perkara yang tak tunjuk aku siapa (literally siapa, dan fikiran aku bagaimana) Aku suka tulis, but I dont like people to 'read' me ~ literally. Mungkin sebab aku juga suka read people HAHA

Aku ada daily journal yang sepatutnya aku tulis setiap hari, tapi itu pun aku pilih-pilih, satu kerana malas, dua, kerana ada ketika aku tak rasa mahu tulis, especially perkara sedih-sedih, again, i dont like people to read me (padahal nobody read that journal pun, HAHA cuma ada aku dan tiga sahabat di sana) Main problem aku, aku rasa, bila nak express sadness. Macam escapist yang buang sadness, biar, kemudian sambung dengan dunia gembira. Kemudian bila gembira berhenti, sendiri, diam, sambung balik fikir sadness.

Ya, gila. Aku tahu.

Kadang sebab separuh sadness tu, aku jadi malas nak tulis. Jadi aku biar. Aku ada mula menulis semula, novel bersiri (online), kemudian aku jadi hilang dalam diri sendiri. Biar. Novel entah dimana, cerita separuh jalan yang aku tulis aku biar. Percaya atau tak, masih banyak cerita dari zaman sekolah menengah, sampai sekarang tak disambung. Padahal antara impian besar aku dulu adalah nak menulis.

Ya, I care too much about people. Time to let go and move on. ;)


Oh, ingat aku ada banya draft yang tak di sambung?
Aku ada sambung semuanya di #harihariyangakubiar
Semuanya. (setengahnya aku delete, cuma ada beberapa patah kata dan setengah pula kosong tanpa isi)

So sekarang tiada draft jeruk pekasam lama lagi, semua aku dah lepas pergi ;)

Kita mula semula. 

---