Friday, 22 April 2011

Pukul 3 ini sila jadi ajaib

sepatutnya ruang itu penuh
dengan mata pena bulat biru, hitam
penuh garis-garis
jadi perkataan
seperti
zaman mula belajar tulis
namun masa berubah jadi
perempuan tua yang malas
asyik mimpi
angan-angan
                         
                         kalau-kalau

hujung nanti akan jadi ajaib



haih
*bunyi keluh kuat panjang






doakan!

Thursday, 21 April 2011

Its all about fin



tiga tahun itu macam sekejap*sigh
sedar-sedar sekarang tengah bertungkus lumus untuk final exam, final semester *sengaja underlined-kan bertungkus lumus, hahaha, padahal nan hadoooo!


presentation terakhir, dan gambar cilok dari facebook kudin*bertungkus lumus nak cilok gambar terpaksa activate facebook sekejap, hahaha



oh sakit pulak hati, gambar yg dicilok rupanya megapix pecah.. sila bertungkus lumus cari perempuan bermulut 'o', pendek, muka bulat, okeh thats me



itu adalah masa promotional writing punya presentation, soo i wat presentation iklan television. sila jangan gelak pada my storyboard yang macam kindergarden, hahaha.. lets just focus to the idea, nama pun story board bukan iklan betul lagi pun, kan kan kan. tapi sebenarnya agak down jugak la bila tengok bebudak lain punya storyboard, 3D wa cakap lu.. meroyan je rasa... dah la lukisan aku 2D pun tak sampai, ala-ala 1D je.. hahaha.. tapi hasil dukungan kawan-kawan sekumpulan dengan assistant ajaib kumpulan kami si kudin dengan zainal, boleh la jugak pergi kelentong kat depan, hahaha.... ;p


yang penting sebelum mula present cakap,
mari kita fokus pada main idea here
*padahal nak cover skecthing yang cam hapa... hahaha.. takpa yang penting confident jek :)



oh esok juga my first paper semester ini, doakan!
kemudian isnin ini, dan akhirnya selasa ini...




doakan eh!
selamat berjaya juga pada semua yang exam.. ;) insyaAllah kita boleh!!!





ya esok exam, hari ini bertungkus lumus update blog.

**sekarang please scroll up and tengok berapa banyak perkataan 'bertungkus lumus' kita boleh guna dalam pelbagai context, now buat karangan darjah lima bermula dengan 'bertungkus lumus'.. hahahaha


oh meroyan sungguh!

papai*wink

Monday, 18 April 2011

.birds

hey!


sekarang scroll tikus atas dan bawah
lagi sekali,
atas dan bawah,
lagi banyak-banyak kali,
atas dan bawah,
laju-laju!


nampak tak burung-burung terbang?



bye!