Wednesday, 9 February 2011

Persepsi

waktu duduk sorang-sorang tunggu bus komuter tadi, lepas habis kelas malam yang tertambah waktu asal. waktu mula-mula nak duduk dekat bus stand tuh, aku dah aim tempat paling hujung sekali, pastu pandang bawah kalau boleh tak nak dongak kepala, dalam hati toksah cakap la, ayat kursi memang ulang banyak-banyak kali lagi-lagi bila nampak lelaki duduk kat hujung lagi satu. rupanya seorang pak cik yang katanya tunggu anak dia balik kerja pukul11.

bila pak cik yang duduk kat sebelah hujung tuh tegur, tanya tahun berapa, duduk hostel mana. aku cuma jawab sepatah dua. sambil tangan konon-konon sibuk belek hendfon tak ada kredit. bila pak cik tu mula cakap perkara indah ditelinga suruh belajar rajin-rajin, macam ayah kita selalu nasihat kita, rasa takut tuh makin kendur. kemudian bila bas dah datang, waktu aku nak mula bangun, bila pak cik tuh mula kata,

"dah malam macam ni, hati-hati, jaga diri, orang sekarang kita tak boleh percaya sangat, kalau takut istighfar banyak-banyak"
(selepas diubah suai dari loghat penang)


waktu tuh, rasa takut tuh dah hilang terus. dan bertukar jadi segan, sebab tadi hati aku ada persepsi negatif pada orang yang baik begini.






'... kita dah sampai di satu dunia yang sekelilingnya kucar-kacir,  sampai bila kita jumpa seseorang (stranger) kita terpaksa bina persepsi buruk dahulu, sebelum akhirnya kenal benar-benar tentang dia'




sedih kan??

Harus percaya kah?





The first person who's on your mind at the moment you open your eyes after a long sleep is the reason either of your happiness or pain - Reader's Digest.





gilos waktu nak tulis entri, tetiba lagu nickelback kuar..
haih*entah, entah

Tuesday, 8 February 2011

Bintang

harap-harap malam ini ada bintang,
harap-harap malam esok juga ada bintang,
hari selepasnya juga ada,
ada,
ada,
dan ada.


sibuk berharap sampai lupa logik akal,




cerita dalam koma,