Monday, 18 October 2010

.bukti cinta itu buta!

ketika mereka-mereka kata 'cinta itu buta', mungkin ini boleh jadi bukti nyata ;)








 ketika bergoogle, terjumpa bukti kukuh ini, *lol
dan ya, 


'cinta itu buta'
dan,



encik siput ini sedang tunjukkan kita buktinya ;p







.108 draft



waktu nak taip-taip blog tadi baru terperasan yang sekarang sudah ada 108 draft entry yang belum dipublish-kan. 
ya Allah, tak sangka sebanyak tu
inilah orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit
dan tak lama lagi,
draft post mungkin lebih banyak daripada apa yang ditulis diblog,
heeee ;p





nota; tiba-tiba bersemangat nak jadikan semua draft kepada entry yg dipublish-kan, hooo yeah!! 


tapi (effect suara sayu dan syahdu dimasukkan)
sebelum tu nak sambung buat assignmentS
nampak tak 's' besar, maknanya itu assignment yang bukan 'singular' 
banyak dari satu,






dan semuanya wajib siap sebelum jumaat ini,





oh,
sila ucapkan selamat berjaya dan padan muka sebab tak buat kerja awal-awal,
tengkiu-tengkiu 
haha*biol 

.sedang belajar



kelmarin pergi jumpa tapit (adik), lepak-lepak kat mamak makan-minum, bila sampai  masa bayar, saya cepat-cepat bangun dan keluarkan duit nak pergi bayarkan, makan tengahari tadi juga dia dah sibuk-sibuk nak bayarkan, takkan minum petang nak suruh dia bayarkan jugak, sebab sekarang pun dah hujung bulan, jadi sangat faham poket orang bekerja hujung bulan sangat kecik ;P tiba-tiba si tapit bangun bagi isyarat muka macam tak-payah-bayar-aku-ada-banyak-duit-gila (walaupun sebenarnya takda),dan kemudian bangun pergi bayar...


waktu tu sedar,
dia sedang belajar bekerja, dan
dia juga sedang belajar jadi lelaki dewasa


oh, tiba-tiba rasa sangat tua, hahahaha



minta-minta dia jadi lelaki dewasa yang bahagia ;)
amin