Saturday, 24 July 2010

.inception

(ini bukan review filem) 



Inception

pernah terfikir nak masuk dalam mimpi seseorang? dan tanam *imply sesuatu dalam minda separa sedar dia... tanam*imply apa-apa yang kita nak dia percaya sebagai sebahagian dari fikiran dia?

sungguh mudah; tapi rasanya selepas itu mimpi itu bukan milik dia lagi, mimpi dia dah jadi milik kita sorang-sorang 

selepas tengok cerita ini, dengan berapa tahap mimpi, mimpi dan kemudian mimpi lagi, dan betapa kuatnya minda separa sedar kita..

rupanya susah sungguh nak masuk dalam  mimpi seseorang,
rasanya lagi payah untuk ke hati ...


.kiki.


notakiki: kelmarin keluar jalan-jalan dengan mel, kalai dan sashi ~ saya gumbira, kamu juga sila gumbira!!!
*smile


Friday, 23 July 2010

.heeee~




*gumbira

thanks buat,
kalai, mel and sashi

for make it happen,
:)


.kiki.
 

Ecah


  • sangat-sangat-sangat takut makan ubat, sampai nangis-nangis, sampai kita rasa geram, rasa macam nak bukakkan mulut dan masukkan ubat.
  • sangat-sangat-sangat takut kalau-kalau terminum 'air cap badak', sebab ayah selalu kalau kitaorang demam selain ubat akan beli air penyejuk badan  konon yang satu ini. dan sebab takut dengan air 'cap badak ini' sebab air ini ada gambar badak dekat sticker botol dia so ecah selalunya sampai takut nak minum even air kosong, sebab takut kalau-kalau mak tukarkan air kosong dengan 'air cap badak', tapi selalunya dia kena paksa minum dan dia akan menangis teruk gila.
lepas tu dah lama, bila mak marah-marah tanya kenapa,
baru tahu,
yang sebenarnya dia tak nak minum sebab,
si ecah ingat air tu sebenarnya air kencing badak


---
HAHA, kenapalah aku tak post this entry, si ecah yang lawak.