halu
kembali ke pulau untuk tengok orang bersukan
cuma tengok orang
sebab aku dan sukan tak pernah ada keserasian..
heh!
sebab tuh masuk neh dah banyak yang menegur
tentang tembam mambam
owh!
gila
gila tak mau diet*dengan muka sirius dan berkobar-kobar..
hahaha
tadi ajak si farah diet
farah cakap, "kiki, aku dah tak larat dengar dah pasal diet-diet"
hahahahaha~
usm nampak senyap
hehe,
sebab tak sibuk sangat
sebab tak banyak orang jalan laju-laju nak pegi kuliah
heee~
owh result exam dah kuar..
heh, gelak jap
a sikit, b banyak kot..
banyak azam neh semester depan.
aiseh!!
notablur: sebenarnya tak tahu nak updated ape, heeee~ eh, macamana nak ilangkan sakit tekak eh?
Bismillahirahmanirrahim~ mari kita sama-sama doa untuk saudara kita di palestin, seluruh dunia :)
Tadi kenduri cik sepupu, err actually macam ayahnya sepupu dgn ayah sebab tok dia adalah adik arwah tok. So kalau anak sepupu dengan sepupu, hubunganya jadi apa ek? Memudahkan cerita sepupu la kan.. haha biasala kenduri kahwin ramai sedara mara, nak jumpa orang luar susah sikit sebab kalau kenduri kat kampung nie, pusing kiri kanan sedara kita je.
Tadi(asyik mulakan perenggan dengan tadi jek, tak critical writing butui,hahaha) juga jumpa cikgu sekolah merangkap guru kelas zaman muda-muda dulu. Heeh, tetibe fikiran bersimpang siur teringatkan keindahan zaman sekolah, wah ayat tak tahan berbunga.. tapi macam bengong jek guna perkataan bersimpang siur untuk fikiran~heee
Tengah siap-siap nak pulang dengan puan hamidah, tetibe cikgu tegur... err macam rasa bersalah jugak sebab tak tegur cikgu dulu.. abih perempuan rabun macam neh apa yang nampak,hee~ kanta pembesar tak pakai tinggal kat rumah.
Cikgu: shakira, nak balik dah ka?
myself: eh cikgu~ (salam sambil peluk-peluk)
Cikgu: amboi bulatnya pipi kamu sekarang, padan cikgu tak perasan tadi~cikgu gelak
myself: ~(mati kutu tak tahu nak balas apa, sengih-sengih pastu tanya) cikgu sihat? Walaupun tahu cikgu sihat walafiat sampai siap berjalan-jalan mai kenduri. Strategi alih dari bicara topik sensitif,haha
Cikgu: sihat, kamu kat mana sekarang? ~cikgu gelak tak habih lagi neh. Tak tau nape. Pelik gak. Heee~
myself: penang, usm cikgu. Abih cikgu, sekarangkan cuti, nie tengah manfaatkan masa cuti la sekarang (sengih-sengih)~jawapan berkias kenapa pipi bulat.haha
Cikgu: yela kamu kan duduk penang, selalu sangat kena angin pulau, tu yang pipi pun dah kembang tuh~ (cikgu cakap sambil kembungkan pipi,pastu gelak).
Abih macamana sekarang?? Berita shakira berpipi bulat akan tersebar ke sekolah,haha nasib baik sekarang cuti sekolah, fuhh... apa strategi yang patut diguna pakai sekarang?? Temptation manyak woooo, sedang berkira-kira nak diet sedangkan sekejap tadi puan hamidah sedang berkira-kira nak wat beriani isnin nih. Kalau time makan, makan sikit je, ayah akan cakap “kakak kenapa makan sikit sangat?”
“orang nak diet la ayah”
“dok diet-diet buat apa, makan je nak makan apa”
~ngeee
Macammana neh?
.cik kiki.
Notawondering: tertanya gak dari tadi, angin pulau memang akan sebabkan pipi kita bulat ker?? Nape orang lain tak pong??hahaha.. cikgu dari dulu sampai sekarang memang tak berubah, miss those moment lor :)