Friday, 2 April 2010

.hari ini dan semalam



 *sangat penat



okeh, semalam* tidak update belog ini
*konfius la dengan pengunaan semalam dan kelmarin?? apa yang patut digunakan eh?? (sila tukar ikut kesesuaian sendiri)

semalam juga tak ada air(maksud saya tiada bekalan air), huh macam sengal je, rush semalam siap-siap terpaksa mandi cuma 10%,hahaha.(siapa jumpa i semalam nasibla)
  ~ngeeeeh

semalam sebab sakit kepala sangat (napa entah dua hari ini asyik sakit kepala) tertidur awal, tidur awal tidak salah, tapi tidur awal salah kalau anda tengah buat asignment, me ended up sambung buat pagi tadi, owh nasib baik hantar sebelum 5... rasanya pegawai perhubungan awam yang profesional pun tak buat kerja media kits tu dalam masa yang sangat hampeh begitu.

hepi dengan apa yang saya buat,hahahaha. still saya tidak buatnya dengan sangat cincai*kononyee,(adakah itu benar cik kiki?) walaupun waktu hantar lecturer sudah ada depan pintu ajaib milik beliau*cuba pujuk hati sendiri. huh, sengal kau kiki;P

hari ini sangat sibuk( diri sendiri yang buat keje last minit)
belum sempat makan dari pagi, cuma pagi minum koko and cicah* biskut* atau kita boleh gunakan perkataan celup disini?? dan lepas balik print makan cekodok, uh rindu my mak punya cekodok!!!!

thank you rehan(adik duduk bilik sebelah)
kerana tumpangkan kak iki pergi dan balik kampus hari ini. dan juga terima kasih untuk sudi bawa jalan-jalan ronda.

balik bilik pukul5 lebih,
tolong mekapkan si kalai dengan farah yang nak pergi dinner malam ini. dan juga mel. harap mereka paling happy malam ini.huhu

mandi,

tengok berita jap kat www.um.com.my(bagi orang yang malas turun bilik tivi, boleh buka itu)... *tetibe je nak tengok berita, padahal selalu malas je.

taip entry "happy birthday alisya"-harap dia dapat yang paling indah dan selesa dunia ilal akhirat.

sekarang sedang taip entry ini, dan lepas ini mungkin tengok movie atau facebook.
jarang berfacebook, cuma tengok wall jap then keluar...hahaha


.cik kiki.







notahatikumalaslagi: owh, malas sangat nak turun kafe, buat maggi 2 minit jee ye tak?? :)


.happy birthday alisya

saya anak pertama dari 4 adik beradik, tapi saya sangat banyak adik!! and i love them alll!!!


 
alisya dan afiqah
*kanak-kanak ribena yang amat gemar pakai mekap*


"happy birthday to you"
"happy birthday to you"
happy birthday to alisya syazwani
happy birthday to you.
;)

mereka ini sweet sangat, untuk birthday afiqah (yang adik) tahun lepas,cik yah saya(mama mereka) rakam waktu birthday tuh, dan mereka nyanyi lagu ini walaupun kak yong yang mengong ini tak ada kat tempat kejadian;

"happy birthday to adik"
"happy birthday to kakak"
"happy birthday to kak yong"

*nangis syahdu bila dengar lagu tu balik.

mereka selalu ingat, walaupun waktu tu sebenarnya bukan hari jadi kak yong dan kak yong tak ada pun kat situ , tapi still mereka masih ingat kak yong diorang yang amat garang ini,hahahaha =P

sweeeeet!
love them, muaah



notauntukalisya:kak yong sangat-sangat tidak dapat datang hari ini, esok pagi-pagi kak yong datang..........weeeeee~

Wednesday, 31 March 2010

.rabu, test dan future exam



semalam rasa "lost". owh rasanya setiap hari juga rasa lost bila berkait dengan asignment dan segala hal, sebab dengan pengetahuan sendiri yang amat limited, tentang studies dan juga tentang orang, saya memang lost. kadang-kadang rasa sudah tahu sangat,hihihi~ over confident. kadang-kadang rasa mengong yang teramat. heh!!! sengal punya perempuan, apa yang direpekan ini???

anda sedang buat semua orang lost tahu??
okeh, drop the subject.

sila hidup seadanya.

hari ini hari yang indah. saya ada sebuah test dan speech yang telah berjaya diharungi- tahniah kiki!!!

;) keputusannya masih belum tahu, tapi tak salah kan untuk ucap tahniah pada diri yang berjaya went through it?

sukahatila, nak cakap tahniah gak!!!
heheheehe...


quote dari lecturer for my english literature subject: seems that you all quite sceptical about final exam, its just an exam anyway, like the one that you went through since you primary school.

ahahahaha, itu kata-kata beliau selepas beliau sudah memberi pembayang soalan exam, macam no satu soalan apa sampai enam, owh bukan bermakna detail, something in general but more focus la, the rest student punya effort la. ye tak? 

selepas semua orang sudah get ready nak pulang, dan juga beliau sudah call it a day" memanggil sebagai hari",
ramai sangat yang mula mengasak dengan soalan, okeh yang sepatutnya ditanya dari awal semester.
saya juga menyibuk menanya empat soalan yang tak pernah terfikir pun untuk ditanya sepanjang semester.


adakah kita terlalu sceptical tentang final exam?? 

tanya soalan adalah untuk unleash our confident, i think?*different social context, result a different way of intepretation-ngeeeh..

sekejap lagi mahu kekelas PR, 530-630.


;) smile along the way
.cik kiki.