salam..
jap lagi aku ada kelas,huhu em nak pakai baju aper ek?? sebenarnya aku tak ada benda nak citer,*kehidupan yg sedey...haha
aku harap minggu depan pada waktu yang sama aku ada kat rumah, dapat balik... mungkin aku terpaksa korbankan tutorial human coms neh, haha*ponteng la tuh, wah aku memang bukan contoh ikutan yang baik kan??
hu, aku nak balik la, ahad depan da raya, khamis aku tak ada kelas lain cuma kelas nie je, time pulak pukul4 - 5 petang, kat umah anak pompuan paling tua cuma aku jela, em lagi sorang asya adik aku, baru darjah 2, huhu... yang lain adik laki2, syafiq entah bila dapat balik, sekarang dok praktikal.. yang sorang lagi syahrul tingkatan 4... wah, aku adik beradik sikit je.. kalau orang yang adik beradik ramai sure riuh rendah rumah kan??
kitaorang dah agak2 tua2 neh takda raya umah tok aku dah, raya kat umah sendiri, adik2 aku kawan2 diorang datang umah...waktu puasa harituh adalah p sambut kat umah tok aku jap.. umah tok sebelah mak aku, sepupu sepapat sume kecik2 agi.. mak aku anak sulong, huhu ayah pulak anak bongsu, sepupu sepapat belah ayah aku sumenye dah tua2 sikit dari aku... ni kiranya beraya kat sebelah ayah aku la, tapi tok aku dah meninggal*al fatihah... i love you tok.
em aku mungkin wat laksa je kot untuk kawan2 aku,*laksa je aku dapat masak dengan agak betul, kalau korang harap nak makan nasi briyani gam ke, nasi merah ker, aku dengan segan silunya mengaku aku agak tak reti.. hehe, eh datang la rumah beraya?? kalau nak makan laksa ajaib la, ajaib ker?? aku time raya, selalu dok rumah je, tolong jaga rumah ajaib, tengok kanak2 ribena datang beraya, haha kalau kawan2 aku datang beraya, join diorang jap p umah kawan2 lain... tu pun mungkin raya ke dua ke raya ke tiga macam tuh,
huh, manyak assignment nak kena antar lepas raya, huhuhu*tahniah untuk aku... ha lagi satu, musim2 lepas raya neh ramai orang yang kahwin, yeah dapat makan nasik kenduri... owh, nak ucapkan tahniah kepada sepupu aku mr. ancik yang akan bertunang lepas raya neh.... hepi2, tenang and bahgia selalu
awal lagi la nak ucapkan selamat berhari raya,
em selamat berpuasa, selamat mencari lailatul qadar,
semogga kita dalam rahmat-Nya selalu,
salam;)
kiki