Monday 4 October 2010

I just realized


 senyumlah time study and buat assignment sebab anda akan rasa sangat best
jangan tension-tension,
cubalah*iklan tajaan kiki suhaimi
heh




oh baru tersedar, yang update blog hanya akan banyak musim-musim assignment, soo macam blogging adalah great escapism dari assignment sebelum sambung semula membuatnya. btw, lupa nak cakap, sangat tak suka faceboook!!! cumanya nak delete it macam "oh kengkawan sekolah ada pulak di sana". so bukak gitu-gitu dahla. dan jugak, hari tuh pergi tukau nama kat facebook but then nak tukar balik dah "rejected by automated system approval"

bongok betul rasa.
heh
biar jela kot,


soo sekarang i only have this blog, yeah yeah!!
and the other one yang privately me,

eh sapa tahu how to get back our yahoo360 blog?? blog tuh dah ditutup last year if i'm not mistaken, mussyhkil gila "kenapakah yahoo perlu tutup yahoo360?" and kiki sangat tak sempat move that blog ke tempat lain. sampai sekarang sangat pissed off dengan yahoo sebab tuh i move to google,


miss that old blog soooooooooooo
;(


woooo woooo

Heels, me and height

Selamat hari isnin,

Sebab tadi belajar larger patern in discourse, rasanya nak terus straight ke topic utama tanpa membebel-bebel tak keruan
*konon-konon nak menunjuk tunjuk tadi rajin belajar sangat sampai ter- imply kat everyday life
hahahaha


Teringin gila nak pakai heels, ye la boleh je pakai, masalahnya kiki tak reti nak jalan. Rasa macam seantero dunia dok tengok. Semester lepas pakai heels, yang tak sampai 2 inci pun, boleh pulak kasut nak tanggal tengah-tengah ayu jalan, tak ker segan?hahahaha~

Dulu waktu kerja lepas tunggu result periksa, kerja jap, then gaji pertama, ada beli satu heels dengan iltizam macam nak pakai pergi kerja but then kiki end up pakai kasut sarung hitam jugak. Dan kasut heels ajaib tuh jadi barang muzium kat dalam bilik, baru pakai 3 kali je tau, tu pun jalan senget-senget. heh, pastu mula sedar diri sendiri yang saya dan heels mungkin tiada jodoh,heee~


Tapi dengan ketinggian yang tak sampai 160cm neh, *take note; ayat tak sampai 160cm tu average dalam 154 to 160cm sebab last time ukur tinggi adalah zaman sekolah menengah* weh, weh, i'm the shortest tau dalam family!!! okeh, okeh tinggi sikit pada ecah sebab ecah cuma lagi beberapa cm nak reach my bahu tapi tapi, ecah kan cuma budak darjah 3, so macam dia ada peluang nak tambahkan ketinggian dengan makan "cal-ciyum", so jugak, dia akan mungkin tinggi lagi nanti. adik-adik laki kiki tak yah cakap la, mungkin terlebih kalsium waktu kecik atau mungkin jugak dia terambil kalsium yang i sepatutnya ambil, thats why mereka sangat tinggi. Bayangkan my mak pun lebih tinggi dari me, haiah
*okeh sekarang boleh berhenti bayangkan,hehe

the positive side tentang my ketinggian adalah;
orang selalu salah faham kiki sebagai adik and tapit sebagai abang, padahal sebenarnya sayalah kakak yang paling sulung. soo macam muda je selalu
ada sorang tok cik tuh datang raya, dia tanya "abang yang nama sapit tu dok mana la neh"
tak ker waktu tu rasa macam nak makan semua ketupat dengan gembira?? hahaha


conclusionnya(tetibe conclusion sebab dah malas nak taip)
apa yang kita ada sudah suit us well, sangat sepadan dan sesuai, 
macam shakirah yang tinggi mungkin bukan macam shakirah yang kurang tinggi, tapi shakirah yang kurang tinggi itulah shakirah.
got it?
entah 
sebenarnya main pakai letak je ayat kat atas, heeee



okeh*ini kiki yang serius bercakap,
terima diri anda seadanya dulu, kemudian baru mula minta orang lain terima anda seadanya,
dan kalau kita nak orang lain terima kita seadanya, kita juga harus terima mereka seadanya,
simple kan??


soo,
saya tak tinggi, tak pandai pakai heels tapi teringin nak pakai, 
jadi,
jadi,
jadi,




jom usyar heels cantik and unik?



 merah kan? suka-suka








 neh macam tak pakai kasut, ala-ala unik je






design yang different





 
 suka-suka-suka!!!







dah, dah, siapa-siapa yang nak window shopping high heels cantik, boleh tekan bawah,
nak banyak lagi?
goooogle  sendiri




tapi rasanya kiki sure window shopping jek kat web web camtuh, mahal kot harga dia, nak beli, baik pegi cari kat Bukit Jambul je, murah lagi, siap banyak-banyak design lagi, siap auntie yang jaga ramah-ramah gila lagi, siap boleh try-try lama walau akhirnya tak beli pape lagi, wooo woooo*effect excited



selamat bertumit tinggi,
.kiki.

and one more thing,
pakai high heels tak semestinya boleh build up your confidence, sebab kiki pakai tak rasa confidence sangat pun cuma rasa nak berhati-hati ada la sebab takut terjatuh, but then, 
mungkin jugak kiki tak pandai pakai this high heels thing sebab tu i rasa macam tuh, then again, still, i sangat rasa, your diri yang matter most, pakai high heels 12 inch dan jalan dengan sangat bergaya pun tapi kalau diri sendiri tak build up the confidence inside, soo sama jela.


okeh, dah
cheers and chill
xoxo


owh, btw, rupanya i tak imply that pattern pun, ups terbebel banyak =P
hahahah
perlu revision lagi neh,


Teh tarik dan kueh tepung talam with love

Salam
tadi Penang hujan sekejap*rasa macam pembaca berita cuaca sebentar,heeh
tadi jugak rasa macam taknak tengok tingkap atau dengar bunyi hujan, duduk pandang laptop pura-pura tak tahu hujan. hujan itu temptation yang indah kan? sebab sangat rasa nak tidor*terserlah kemalasan sendiri.
entah kenapa, hari ini rasa sangat awesome? heee, and hey i manage buat kerja dengan sangat bersemangat,yi-haa
*sila tepuk tangan kuat-kuat
terima kasih, terima kasih sambil buat muka malu-malu,haha


oh semalam sambil tengah serabut serabai dok fikir tentang kehidupan(haha, metafora gila) my mak messaged, dgn cenggini,
"ayah hg ada bagitau apa-apa ker kat hg?"
selepas 30 minit atau mungkin lebih, tak sedar ada message sebab henfon dalam mode silent everyday and i lupa where did i put it,heee
then i reply,
"awat mak?"


lama gila nunggu tak berbalas-balas pun,
pastu bangun pagi selepas dapat semangat baru cepat-cepat pergi sambung buat assignment
*ayat kat atas macam tak penting je kan? hahaha 


pastu baru teringat cik henfon, padanla sonyap je mak, 
rupenya cik henfon dah off sebab bateri habih
then,
cas,
rupenya ada 2 missed call from mak yang ajaib,
tepon balik,
soalan pertama mak,
"baru bangun tidor ker"~ala-ala macam nak kasi tutorial cara-cara untuk menjadi isteri dan menantu yang baik,haha
then cepat-cepat nafikan,
"tak, tak, kakak dah bangun lama dah, ni tengah buat assignment neh"
mood nak membebel semakin kendur, 
hahaha
(weh banyak gila rupanya cik kiki terlari tajuk neh)

then,
my mak bagitau la yang my father merajuk dengan beliau and bla bla
ala biasala tula gaya orang-orang veteren show affection,
and they real rock in doing that,

tapi yang paling lawaknya adalah,
my ayah cakap lebih kurang cenggini kat my mak,
based on what my mak told me lah,
ayah cakap,
"takpa, nanti nak bagitahu kirah pasal hang (refer to my mak)"
*take note; kirah and kakak adalah my panggilan kat rumah

so sebab tu la my mak message me dekat-dekat pukul12am,
sebab nak tanya samaada my ayah report kat me atau tak,
cute kan my ayah?
heeeee ;)

i wish i was there, sebab aku rasa i'm always neutral,
aku tak back up mak sebab my mak selalu masak amazing foods,
atau,
aku tak back up ayah sebab dia my sumber financial,
aku tak back up sapa-sapa,
sebab aku sayang dua-dua,
kalau kena pilih,
aku pilih untuk tak pilih,
heeee :)

sekarang dah besar-besar neh, we re more like friends, macam,
i can luahkan je apa yang aku nak cakap,
like tadi i cakap,
"ala mak neh bukan tak kenal ayah, masakla yang best-best sikit"
then my mak cakap,
"sapa suruh dia merajuk macam budak kecik"
but i know somehow my mak akan masak sedap-sedap, and ayah tak dapat menahan perut untuk makan,
then, they bergelak ketawa macam takda benda,


both of them selalu cakap macam neh,


my ayah suka minum teh, tapi dia tak suka minum yang kedai punya sebab sangat manis,
kadang-kadang i berjaya make the teh yang sedap ikut citarasa beliau tapi boleh kira pakai jari la, haha
but my mum know him well
tehnya ajaib,
then ayah selalu cakap,
"kalau mak hang takdak nanti, ayah takkan minum teh dah, mak hang ja pandai buat teh"


hari tu waktu sembang-sembang dengan mak,
waktu tu mak buat kueh tepung talam, err tak tahulah kamu semua panggil apa,
kueh tuh ada dua lapisan, bawah pulut kat atas tepung campur gula merah,
my ayah suka yang gula merah punya, bukan warna lain(sebab kueh tepung talam neh banyak jenis)
mak cakap something macam neh,
"kalau ayah ang takda, rasanya mak tak buat dah kot teh tarik dengan tepung talam neh"


okeh dah tak boleh tulis, rasa macam nak nangis,
heee my cengeng side dah keluar,
mak ayah! i love you mucho gila banyak banyak infinity!



bila la nak bertemu dia yang sudi gaduh-merajuk-ketawa with me till my hari tua?
and i can make him kueh cara/goreng pisang/cucur udang/sagu merah/cucur kodok/donut/kueh ketayap gulung/karipap/popia goreng/samosa/masalodeh
listnya to be continued
sebab rasanya buat masa sekarang itu jela yang pandai dibuat oleh diri ini ;)
harus improve lagi neh!!!
*tetibe bersemangat tak tentu arah





.kiki.