Saturday 18 September 2010

Mari bermimpi

Mari bermimpi
Satu belajar kerdipkan mata,
Sebelah kanan,
Sebelah kiri,
Kerdipkan dua matamu sekali

Dua mula pejamkan mata,
Sebelah kanan,
Kiri nampak,
Kiri pejam,
Kanan lihat,

Tiga, wajib kau baca doa,
Kosongkan minda,
Kerdipkan mata,
Eh, jangan lupa
Matamu itu,
Pejamkan dulu

Empat mula bayangkan indah,
Tentang impimu,
Bermimpilah kamu
Sebelum pagi

Lima mesti aku bertanya,
Sebelum engkau mula bermimpi,
Ini perkara yang terutama,
“sudah kau tutup lampu kamarmu?”
“sudah kau labuhkan tirai kelambumu?”


2006

Payung yang selesa

Semalam,
Selepas hujan,
Kulihat sekaki payung,
Muram,
Tanpa titis air hujan,

Aku hairan,
Payung muram tanpa hujan?
Sedang hujan membasahkan payung.

Hari ini,
Ketika hujan lebat,
Ku temui payung semalam,
Tersenyum lebar
Bersama sejuk hujan

Aku pelik,
Pada payung yang tersenyum,
Sedang hujan membasahkan payung

Hari ini dan semalam,
Kutemui,
Sahabat selesa,
Sekaki payung bersama hujan.

~kulihat hujan~
                                                       14/4/2006@10




.9 syawal

dah tiga hari ada kat bangunan yang sunyi sepi, nak jumpa seorang manusia juga amat payah..
balik awal dengan iltizam nak buat asigment dan segala macam kerja tertangguh
tapi rupanya kena demam sorang-sorang,
dah lama sangat tak demam,
waktu lepas raya hari tuh,
semua orang kat rumah demam, mula-mula ecah, chado, mak selsema then ayah demam..

semalam sangat worse, badan gigil-gigil, dengan kepala sakit sangat,
plus duduk sorang-sorang,
rasa sangat alien,
hahahaha
call aida tengah-tengah malam,
sebab rasa teruk sangat tak boleh bercakap dengan sesiapa,


hari ini ok sikit,
insyaAllah, jap g baik la ni...




Ya mari kita kembali mengadap asignment-asignment yang ajaib... hahahaha



.kiki.