Monday 19 July 2010

.sila tido

okeh sekarang sudah 1.36 am, waktu harus tido!!!
kenapa aku jadi pompuan yang ada masalah tido?? yang terpaksa pusing kiri kanan untuk lena. atau terpaksa baca buku cerita dengan tulisan halus-halus untuk me~mengantukkan mata?

sekarang harus ajar mata, atau lebih tepat otak
tidur takleh sangat-sangat lewat

masalahnya,
aku seorang pengajar yang teruk, dan slow learner selalu


*selamat malam saudara-saudari
*assalamualaikum
*sila gumbira esok :)







 saya yang mungkin tido,
.cik kiki.

.kelip-kelip


indahnya ciptaan Allah

Ada banyak perkara kat dunia ni yang kita lihat sebagai benda biasa tanpa makna tapi orang lain lihat sebagai keajaiban. jadi benda biasa kat kita sebab kita selalu ada benda tu, kita selalu tengok benda tu, kita tak rasa betapa ajaibnya benda tu. kadang-kadang kita kena take time untuk lihat satu benda, bukan jalan laju-laju and rush lepas tu hilang separuh perjalanan.


 

Semester lepas waktu kitaorang sembang-membang, tetibe terkeluar cerita pasal kelip-kelip aka fireflies, sebab kelip-kelip nie macam cahaya bintang-mintang, serius aku sangat terkejut bila tahu si kalai tak pernah jumpa  atau pernah tengok seekor pun kelip-kelip in person, sangat-sangat terkejut sebab aku rasa kelip-kelip tu kan macam serangga biasa yang kita selalu jumpa bila malam-malam lepak kat luar rumah. so sangat ajaib bagi budak kampung macam aku kalau tidak ketemu dengan kelip-kelip sepanjang 22 tahun neh.

waktu cuti semester, tengah siap-siap nak mandi, aku terjumpa dengan seekor kelip-kelip yang hampir nak lemas kat kolah*tak tahu la translation untuk perkataan kolah tu hapa, sila gunakan teknik berfikir,heeee~ kuasa cahaya kelip-kelip tu pun dah macam lemah sangat, pastu selamatkan dia then biarkan dia terbang.

nak tahu perkara ajaib?? waktu cuti semester tu juga, si kalai jumpa seekor kelip-kelip tersesat masuk rumah dia, dia akhirnya dapat tengok kelip-kelip. sweeet tak??

sashi cakap, aku adalah pompuan gila yang percaya kelip-kelip yang aku selamatkan dari perak boleh terbang dari perak ke penang.

aku percaya ker?
gila la kalau aku percaya...

tapi kalau dengan selamatkan banyak kelip-kelip dari lemas boleh buatkan my friend happy dan bercerita dengan mata bercahaya,
aku sanggup selamatkan banyak-banyak lagi


.cik kiki.




notauntukaku: kenapa rasa macam baca karangan aisyah (my adek) yang darjah 3?? hahaha

Sunday 18 July 2010

.new template

sebab
              less is always more...

in fact,
             saya juga sukakan putih tapi kesukaan yang takkan belum melebihi kuning...heeee

sila teruskan baca belog ini sebab i just put aside all my wonderful colour so that i can transform it dengan cerita-cerita yang i think wonderful,hahaha
hegeh hegeh perasan sendiri
*ngeeh


i just realized that bintang-bintang adalah terlalu precious untuk jadi sebuah template
terlalu banyak and selalu ada make us less appreciate it...


*sila gumbira!!