Tuesday, 15 September 2009

Tengok bintang

aku paling suka bintang, macam bila kita pandang langit gelap, gelap itu jadi hilang sebab bintang... entah aku tak tahu untuk cakap kenapa dan mengapa, waktu sekolah menengah aku banyak habiskan masa tengok bintang-bintang kat langit, aha*waktu muda-muda, aku dengan sorang kakak sepupu selalunya akan buat air teh sorang satu mug dan habiskan masa bersembang bawah pokok depan rumah... tengok bintang. .

aku nie terlalu banyak berangan, dan terlalu optimist dengan angan-angan tu, banyak mencipta angan-angan dari gugusan bintang kat langit. lupa. lupa yang ...


---
Sambungan ayat yang di biar, kemudian...

.kita semua mencuba



kita tak boleh hidup dengan jadi sceptical dan meragui semuanya, dan buang semua rasa percaya kita pada orang lain, aku percaya hidup nie, we need each other.. macam we complete each other. tapi sejauh mana 'complete" tu hingga kita dapat meletakkan our whole kepercayaan. dan kita tahu walau apa jadi, dia takkan rosakkan kepercayaan tu. susah kan dunia?? kadang-kadang orang yang paling dekat tapi sebenarnya adalah yang paling jauh, dan lebih kesian bila kita tak sedar "kejauhan" tuh.

aku optimist, bukan yang terlalu optimist tapi aku harus menyebut selalu yang aku optimist agar aku terus... bohong kalau kita tak rasa apa-apa dengan apa yang berlaku dalam hidup kita, tapi dengan rasa suka atau sedih, kita kena bangun.. sedih dan kecewa bukan alasan untuk rebah dan jatuh.(bunyinya terlalu indah bila kita tulis, haha realitinya kita semua manusia)

seperti mana kita pernah menangis sebab terluka dengan sesiapa, malah mungkin sesiapa juga pernah merintih kerana kita. bila marah dan sakit hati datang, kita marah sangat tapi entah masa depan kita ketawa gembira dengan orang yang sama. kita tak tahu. mungkin betul hidup ni bagai roda... tapi tetap, putaran roda tu kita tak tahu. kita cuba, kemudi roda tu, putar ikut putaran kita, tapi masih kita takkan tahu, roda yang sama akan berhenti atau terus berputar. dan kalau berhenti, adakah roda tu akan berhenti ditempat yang kita suka?? tapi sejauh mana kita mencuba, sejauh itu jugalah mereka yang lain juga mencuba,

semua orang mencuba, bukan cubaan kosong... tapi mencuba dengan banyak harapan bahawa bahagia akan ada di akhirnya...


kiki

Monday, 14 September 2009

.sesaje je


hmm sesaje jea.. hehe jap lagi ade kelas pukul4~5, pastu huhu leh pulang ke bilik ajaib... tengah2 online aku ter`bekenan dengan gambar tuh, eh oklah ek?? nak kuar dah... hihi, kat bawah libry neh,
ok papai, hohoho

cik kiki lolo