Monday, 24 February 2014

Fly with words

Nak tulis. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang nak ditulis. Semenjak dua ini, jadi rajin pula nak tulis. Agaknya, sebab aku kurang bercakap. Nanti bila rakan bercakap jenuh, tulis pun jadi kurang.

Aku tak dapat tidur. Salah. Lebih kepada aku tak mahu tidur. Kalau aku ini, kat mana-mana pun aku boleh tidur. Tempat bukan masalah besar, mata mengantuk atau tidak sahaja, HAHA Rasa tak mengantuk malam ini. Rasa debar untuk esok, Kamus Oxford Advance Learner siap jadi teman tidur sudah berapa malam. Macamlah tidur sebelah kamus, aku jadi hafal jargon english semua.

Ah, aku peduli apa.

Sekarang aku taknak fikir dah jauh-jauh. Entah yang jauh itu punya aku atau tidak. Sekarang kita ambil peluang yang ada disini, hari ini. Buat sehabis baik apa jua yang kita buat. Jangan berhenti pada yang tak tahu, tak pasti.

Nak sambung baca sedikit.
Selamat isnin!

posted from Bloggeroid

Friday, 21 February 2014

Aishah

Aishah sekarang dah duduk di hostel. Tingkatan satu. Ya, dah besar bagi setengah orang, tapi Aishah semua orang rasa macam budak lagi, di rumah masih panggil adik. Kadang mandi pun masih harus disuruh, diri sendiri belum pandai nak urus lagi. Masih juga perlu perhatikan sekali sekala. Aishah ni manja lain sikit.

Aishah di sekolah lain, di sekolah dia minat bercakap, garang dan berani ke depan masuk apa-apa aktiviti. Yang garang tu aku tahu, sebab aku selalu selongkar beg dia, kadang tak perlu selongkar pun. Barang dia memang letaknya merata-rata. Ada buku nota pengawas dia, habis ditulisnya nama kawan-kawan kelas dia, HAHA ala lupa nak snap photo. Nanti kalau balik rumah aku cuba selongkar balik.

Buku tu ada colum "tarikh, nama, kelas dan kesalahan". Antara jenis kesalahan.
1. Tak pakai stokin -HAHA
2. Bergaduh
3. Buat bising
4. Makan berjalan
5. Melawan pengawas -melawan si ecah la siapa lagi. HAHA

Habis la nama kawan-kawan dia semua kena tulis. Yang geng perempuan pun kena, tak kira lah selalu pergi PD (Perpustakaan Desa) sekali ke apa ke. Undang-undang tetap undang-undang. Haha. Dia serius sikit bab peraturan, kalau cikgu suruh macam tu, macam tu lah.


Hari pertama hantar dia ke hostel hari tu, waktu pagi Aishah sihat je. Walaupun malam sebelum ada la menangis sikit-sikit, katanya pening. Fahamlah pening sikit tapi debar lebih kan ;)

Yalah, tempat jauh dari makayah. Bila menginjak petang, sebelum kami nak balik. Dia tak sihat. Memang menangis je, orang semua pandang Si Aishah, macam menangis kena paksa duduk hostel HAHA

Mak dah risau, dua tiga kali ulang alik turun beli makan la beli ubat la, kejap beli ubat lain la. Sebab Aishah cakap pening kan. Asyik menangis. Kakak dalam hati memang dah menangis dah HAHA. Mak siap tolong basuhkan baju dia pakai hari tu, HAHA. Semua orang dah balik pun. Bila mak takda, dua tiga kali jugak aku tanya Si Aishah

"Adik nak balik ke? Betul ke adik nak duduk sini? Kalau adik taknak biar kakak cakap kat ayah"

Ayah marah bila aku ni lembut hati sangat. Kena tegas, bukan kita paksa dia masuk hostel. Aishah yang nak. Kita kena bagi semangat. Ini aku, bagi semangat ajak balik terus. Kalau anak aku sendiri entah macamana kata ayah. HAHA

Kemudian ada la kakak-kakak senior yang baik, minta mereka tolong tengokkan Aishah. Berat hati betul nak tinggal, sebab orang yang kita tinggal sedang nangis kan. Hmm

Dalam kereta semua orang senyap. Ayah pun cakap, berat hati tengok adik nangis. Mak memang sayu je, yela si Aishah kan geng tonton drama dengan mak. Sunyilah kan.

Oh, ini cerita sampingan.

Waktu kami kecil dulu, Aishah belum ada. Ayah kerja jauh, kadang balik seminggu sekali, kadang dua minggu sekali. Ikut keadaan, ikut ada duit lebih ke tak. Kalau isnin ayah nak balik kerja semula, lepas salam ayah. Ayah tak suka kami "bye bye" kat dia. Lepas salam ayah, ayah pergi. Selalunya sebelum bas datang ayah dah keluar.

Aku pun tak tahu kenapa, kemudian satu hari Si Syahrul, adik aku tunggu bawah rumah dan "bye bye" ayah time ayah naik bas. Rupanya, mak bagitahu (aku darjah lima atau enam waktu tu), ayah asyik teringat je "bye bye" Si Syahrul tu. Bila kita "bye bye" kan macam sedih, macam selamat tinggal. T_T Apalah ayah rasa hidup bertahun begitu kan?

Okey sambung balik kisah Aishah, lepas hantar makayah balik, aku bertolak ke KL. (Remember? Kan era hidup aku yang kucar kacir waktu tu HAHA) Setiap hari telefon mak, tanya adik ada call tak. Mak cakap takada. Aku yang dari risau tukar geram. Mak dah telefon sekolah, katanya Aishah okay. Alhamdulillah.

Hujung minggu tu bila aku balik kampung, ajak makayah dan tok pergi tengok Si Aishah. Sihat walafiat je beliau. Yang mak ni risau tak usah cakap la, pergi Pekan Hari (Pasar Minggu setiap jumaat), mak lalu depan gerai nasi ayam yang Aishah suka makan pun teringatkan adik.

Sampai hostel, semua marah aku bila aku tegur kenapalah adik buat perangai tak call, senyap diam macam ni. Aishah tak menjawab pun.

Kemudian, kali pertama balik, bila sampai hostel (Kak Nini tolong hantarkan sebab satu arah) masih juga buat perangai diam tak call, banyak kerja tak sempat katanya. Lima minit je call makayah. Dua hari sekali, tiga hari sekali apa salahnya.

Kali kedua Aishah balik, waktu di rumah aku dah call bagitahu, jangan bagi makayah susah hati hal kita. Berkat kita ada kat makayah, takkan nak buat perangai macam ni. Perangai yang kita biar, jadi tabiat sampai bila-bila. Kita nak pergi jauh lagi, biar berkat makayah ada dengan kita.

Mak cakap Si Aishah menangis sambil cakap dengan aku. Kakak yang garang kan. HAHA. Dan pastilah aku kena marah dengan mak.HAHA

Dan ahad lepas, Aishah call.

"Kakak, adik dah sampai ni, ayah hantar tadi"


Alhamdulillah, dah besar adik kakak. *terharu. ;)
posted from Bloggeroid

Thursday, 20 February 2014

Bulan hilang

Pada suatu malam, bulan hilang. Malam gelap. Langit menangis mencari.


Once upon a night, moon went missing. Sky left crying.