Wednesday, 23 February 2011

Perasan tak?

dalam pusingan roda,
kita masih statik,
cuma roda yang berpusing...


ada sesetengah orang yang mabuk pening bila roda pusing-pusing. Kemudian,  rasa gembira tak tentu pasal sebab tiba-tiba duduk kat atas walaupun sebenarnya diri tak bergerak kemana pun.... asyik sungguh kat atas,


sampai lupa mereka itu STATIK,
                                                cuma roda yang asyik berpusing.




*syhhhh kita biar.

Monday, 21 February 2011

Gift

ya, baru perasan, template baru adalah macam 'gift'
hidup juga adalah 'gift'
masih dapat tulis disini juga 'gift'

sitinurshakirah sila syukur!

Dua jalan,

Owh, sekarang sangat loooooooooooooser gila. Sampai aku sendiri tak tahu nak tulis apa. Rasanya banyak sungguh perkara yang aku tak buat betul-betul, there's tooo many things yang aku sia-siakan. Dan banyak perkara-perkara kesukaan aku yang aku tak buat betul-betul, tapi asyik spend doing things yang entah belum tentu aku suka benar, macam kena ambil masa untuk penuhkan rasa suka banyak-banyak dulu, kemudian baru dapat jalan laju-laju macam orang lain.

Pernah tak duduk antara dua jalan, satu jalan biasa-biasa, banyak batu kerikil tajam, selipar kamu pun tapaknya tak tebal mana, tapi kamu suka suasananya, suka sungguh. Dan kamu sanggup berjalan menuju ke jalan yang satu ini walaupun tanpa berselipar, kamu sanggup tanggung kemungkinan sesat dan hilang kerana ramai sungguh orang yang tak mengambil jalan ini. Mengingat jalan ini, kamu tak henti senyum.

... tapi jalan dua ini buat kamu duduk dan fikir, masih juga banyak kerikil sebab kerikil mungkin sudah jadi lumrah jalan. Kamu pandang belakang, dan kamu nampak ramai yang menghantar kamu ke jalan ini, tapi tangan kamu asyik pegang pintu pagar jalan dua. Kejap. Kamu juga tahu, kalau selipar kamu koyak di jalan yang dua ini, mereka-mereka akan hulurkan selipar. Walaupun ramai orang yang berjalan disini, kamu tetap takut dan runsing fikirkan adakah orang-orang yang ambil jalan ini, bertemu hujung dengan gembira.


dan itulah masalah aku, soal gembira.
dan yang mengembirakan aku, mungkin tak mengembirakan orang-orang berdekatan aku,



*ketawa dengan mulut 'O'