Thursday, 20 January 2011

Hitamputih, beza bahasa dan jalan untuk di ingati

day 2 : your favorite movie




filem satu.

Tapi kalau filem yang dari dulu sampai sekarang, tonton sampai tak jemu-jemu, sampai hafal skrip boleh 'miming' ikut mulut pelakon, mostly filem allahyarham tan sri p. ramlee. super ajaib! setiap kali tengok, rasa fresh walau tahu selepasnya akan jadi apa dan kenapa. boleh gelak ketawa bagai nak rak, walau dah pernah dengar lawak yang sama berulang kali. paling suka seniman bujang lapok kot, terutama yang waktu mereka pergi audition kat studio tuh. kalau tengok cerita tuh kat rumah, nak-nak pulak tengok dengan famili, bila time dialog waktu tuh selalu cakap cepat-cepat, konon-konon nak tunjuk terrer sebab berjaya menghafal dialog, selalunya, ecah akan tengok kakak dia neh dengan muka macam 'wah, kakak sangat hebat' HAHA


Kalau time cerita-cerita P.Ramlee, si ecah sanggup korbankan cerita kartun hagemaru (cerita kartun jepun yang macam mengong gila dan tak tahu kenapa dia suka gila kartun demikian) tanpa sebarang penyesalan. cerita-cerita P.Ramlee berterusan jadi ajaib, walau selepas berpuluh-puluh tahun, ketika kita dah mula ada banyak tona warna ketika menonton. mungkin filem-filem P.Ramlee semuanya hitamputih, tapi hampir semua filem-filem beliau punya tona warna yang hebat dari segi cerita didalamnya. Satu lagi bukti, physical itu equal to zero.


dan rasanya sangat sedih bila tonton dokumentari pasal P.Ramlee dekat history channel haritu, untuk semua gelak ketawa yang dia beri, rupanya banyak air mata selepasnya. ALFATIHAH.




filem dua.

kedua mak dan ayah juga sangat pengemar cerita hindustan tegar. jadi kalau balik rumah, menonton hindustan bersama mereka itu sudah jadi macam perkara biasa. sekarang, ayah dah ubah feel sikit, sebab katanya hindustan sekarang tak best macam zaman dulu, jadi masih juga menjadi peneman ayah menonton cerita, cuma sekarang suka tonton cerita tamil. filem tamil kurang sikit babak cinta, campuran pelbagai isu lain dan kadang-kadang bila ada selingan komedinya, serius sangat lawak gila. cuma bila balik Usm jumpa Kalai dan cerita tengok filem tamil yang ini dan itu, bila kalai tanya tajuk apa, selalu tak ingat tajuk, sebab selalunya tak baca pun tajuk apa. main tengok je ;p tapi hasil penceritaan kalai, kenal juga la dua tiga orang pelakon, HEHE.



filem tiga.
filem yang selalu tonton banyak kali kategori english, adalah filem ini;








a walk to remember

filem yang ajaib, sampai kita boleh cuma baca subtitle file nya tanpa tonton filem tapi rasa sama, huhu



Jamie: I have my beliefs.
I have faith, but don't you?
Landon: No. There's too much bad shit

in this world.
Jamie: Without suffering,
there's no compassion.












*dalam thesaurus kikisuhaimi, tonton banyak kali itu beerti, tonton tanpa jemu sebab suka








InsyaAllah


:)

Wednesday, 19 January 2011

Tentang lagu kesukaan

day 1- your favourite song, sila click sini untuk keterangan lanjut.


hari satu







banyak lagu yang aku selalu pasang 'on repeat' (ertinya aku suka gila-gila lagu-lagu itu), tapi ini adalah my all time favourite ;)






















Buat aku tersenyum

sheila on 7



Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua
[Reff:]
Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar
Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku
Kar’na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang
[Bridge:]
Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku
[Reff]






dulu-dulu zaman belasan tahun *haha* waktu kerja sambil tunggu result exam, ada satu komputer dekat tempat kerja yang ada lagu ini, sebab dulu cuma pakai hanphone ringtone polyphonic biasa, tanpa mp3. jadi selalu duduk depan komputer tuh bila masa free untuk dengar lagu ini 'on repeat' sambil main solitaire. ajaibnya, sampai sekarang selalu juga dengar 'on repeat' dengan perasaan yang sama seperti perasaan setiap kali baca blurb belakang buku yang best.



betullah bagai kata orang,
senyum itu lengkungan yang dapat meluruskan segalanya ;)


dengan posisi mata terpejam,


"siapa yang mampu buat anda senyum selalu?"