Saturday, 9 October 2010

Sebuah pawagam tapi sedikit emosi


Tadi lepas siap antar asignment, lepas siap kemas bilik yang dah semakin berubah tak macam bilik, lepas siap basuh baju yang melebihi muatan timba,melimpah ruah, lepas siap semua perkara yang wajib disiapkan. akhirnya, dapat juga tonton lagenda budak setan, okeh reward diri sendiri sebab dapat siapkan assignment. 
Okeh tahu semua orang dah tengok cerita neh, sangat tak suka menonton dipawagan yang kurang boleh luahkan emosi dan menonton dengan strangers dan pelbagai alasan lagi,haha.okeh sekarang boleh mula panggil saya sebagai cik cerewet, haha. kalau ke pawagam, sebenarnya cuma pernah pergi empat kali,haha okeh panggil cik pathetic juga  ;p  

waktu tahun satu pergi nonton dengan si anun cerita senario episod satu
waktu tu dalam pawagam cuma ada kitaorang je plus dengan satu family bawa anak datang tengok wayang dan budak-budak tu kelihatanya sangat happy boleh tukar-tukar tempat duduk sebab tak ada orang.

keduanya pergi tengok cerita book of eli, pergi dengan si kalai and mel semester lepas , 
menghabiskan hampir sejam tidor sambil menonton, tambah dengan cerita bunuh-bunuh dengan tanpa perasaan. kemudian malu sendiri sebab tersilap pergi jerit  ketika  babak denzel washington membunuh orang dengan teruk.


ketiganya pergi tengok inception dengan kalai dan mel,
mimpi dalam mimpi dalam mimpi, ceritanya bagus  dan lain. suka. waktu tengok cerita ini berkosentrasi pasal nak tahu apa sebenarnya yang sebenarnya telah berlaku. dan babak akhirnya sangat ambiguous, balik dengan banyak soalan dalam fikiran tapi sedar yang nak masuk mimpi orang itu sangat sukar, sekurang-kurangnya kamu harus pernah ada dalam minda separa sedar dia,


keempat pergi tengok salt juga dengan kalai dan mel,hahaha
dengan cik angelina yang cantik, lawan-lawan yang tak teruk sangat. okee-lah ceritanya.


*semua cerita mereka yang pilih, ya termasuk book of eli, hahaha
untuk nota: mereka juga menyesal sebab pilih ;p


Tapi pasti, kalau suruh pilih tengok cerita kat wayang atau menonton dirumah, saya pilih tonton dirumah,
tanpa tema kod pakaian
bebas luahkan emosi sendiri
tak perlu bayar, free
boleh free seating
boleh pause bila nak pergi toilet
boleh fast forward kalau macam malas nak tengok
boleh sambung esok kalau mengantuk
boleh tengok dengan adik-adik yang awesome
dan banyak-banyak lagi,






Lagenda budak setan dan lagu dia yang



Waktu nak letak tajuk terfikir, "lagenda budak setan dan lagu dia yang best, indah, syahdu 
tak tahu nak letak apa...
nak letak,
best untuk  lagu sedih? sangat pelik ayat itu
indah pun macam kurang sesuai
syahdu macam pathetic gila



oh, tapi
lagu dia sangat....


Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan 
hati terbaang dengar lagu neh
.

Thursday, 7 October 2010

Mimpi

mungkin betul mimpi mainan tidur,
mungkin mimpi itu petanda,
sebarang mungkin diatas mungkin benar,
mungkin aku memang bukan orang bijak tafsir mentafsir,


tapi dua mimpi dengan malam berturutan,
dan tiba-tiba hati jadi semangat membuat segala kerja, segala asignment,
tiba-tiba secawan kopi pekat dengan air minimum jadi ubat tidur yang paling berkesan untuk mimpi,

tiba-tiba rasa mahu masuk dalam mimpi orang yang dimimpi,
tapi kemudian kembali sedarkan diri