Malam yang panjang,
Sambil-sambil buat tugasan, baca balik entry lama, sangat lawak dan lucu. Satu blog harus jadi luahan hati sendiri, dan aku selalu hanya pilih perkara gembira-gembira sahaja(mungkin sebab itu aku tak tulis setiap hari, ada banyak selang-selang hari yang aku tak dapat cari rasa gembira untuk tulis, jadi aku diam, padahal ini blog sendiri)
Ya ada sedikit entry yang bersifat marah dan sedih, boleh bilang pakai jari sepuluh. itupun selepas aku edit rasa yang patut orang tahu, dan rasa yang patut biar simpan kejap-kejap. Aku banyak tonjolkan rasa gembira-gembira sahaja, bukan dekat maya, dekat blog, dekat dunia luar juga, sampai bila sekali aku expressikan marah, bengang, bongok, orang tak reti bereaksi, aku rasa salah sebab marah dan bengang sedangkan aku memang patut marah dan bengang.
Tak salah untuk jadi marah, bengong, sedih asalkan kita belajar dari situ. Kau tipu kalau kau kata, seumur hidup kau rasa cuma gembira-gembira, semuanya harus seadanya, marah, bengang, bengong, sakit hati, sedih malah mungkin juga cinta, semuanya. Sebab kalau sepenuhnya, kita tanpa sedar ,mengambil bahagian-bahagian lain nak penuhkan satu bahagian cuma dan kemudian sedar sebenarnya hilang sana-sini.
Jadi lepas ini shakirah nak belajar menulis dengan semua rasa insyaAllah ;)