Salam
tadi Penang hujan sekejap*rasa macam pembaca berita cuaca sebentar,heeh
tadi jugak rasa macam taknak tengok tingkap atau dengar bunyi hujan, duduk pandang laptop pura-pura tak tahu hujan. hujan itu temptation yang indah kan? sebab sangat rasa nak tidor*terserlah kemalasan sendiri.
entah kenapa, hari ini rasa sangat awesome? heee, and hey i manage buat kerja dengan sangat bersemangat,yi-haa
*sila tepuk tangan kuat-kuat
terima kasih, terima kasih sambil buat muka malu-malu,haha
oh semalam sambil tengah serabut serabai dok fikir tentang kehidupan(haha, metafora gila) my mak messaged, dgn cenggini,
"ayah hg ada bagitau apa-apa ker kat hg?"
selepas 30 minit atau mungkin lebih, tak sedar ada message sebab henfon dalam mode silent everyday and i lupa where did i put it,heee
then i reply,
"awat mak?"
lama gila nunggu tak berbalas-balas pun,
pastu bangun pagi selepas dapat semangat baru cepat-cepat pergi sambung buat assignment
*ayat kat atas macam tak penting je kan? hahaha
pastu baru teringat cik henfon, padanla sonyap je mak,
rupenya cik henfon dah off sebab bateri habih
then,
cas,
rupenya ada 2 missed call from mak yang ajaib,
tepon balik,
soalan pertama mak,
"baru bangun tidor ker"~ala-ala macam nak kasi tutorial cara-cara untuk menjadi isteri dan menantu yang baik,haha
then cepat-cepat nafikan,
"tak, tak, kakak dah bangun lama dah, ni tengah buat assignment neh"
mood nak membebel semakin kendur,
hahaha
(weh banyak gila rupanya cik kiki terlari tajuk neh)
then,
my mak bagitau la yang my father merajuk dengan beliau and bla bla
ala biasala tula gaya orang-orang veteren show affection,
and they real rock in doing that,
tapi yang paling lawaknya adalah,
my ayah cakap lebih kurang cenggini kat my mak,
based on what my mak told me lah,
ayah cakap,
"takpa, nanti nak bagitahu kirah pasal hang (refer to my mak)"
*take note; kirah and kakak adalah my panggilan kat rumah
so sebab tu la my mak message me dekat-dekat pukul12am,
sebab nak tanya samaada my ayah report kat me atau tak,
cute kan my ayah?
heeeee ;)
i wish i was there, sebab aku rasa i'm always neutral,
aku tak back up mak sebab my mak selalu masak amazing foods,
atau,
aku tak back up ayah sebab dia my sumber financial,
aku tak back up sapa-sapa,
sebab aku sayang dua-dua,
kalau kena pilih,
aku pilih untuk tak pilih,
heeee :)
sekarang dah besar-besar neh, we re more like friends, macam,
i can luahkan je apa yang aku nak cakap,
like tadi i cakap,
"ala mak neh bukan tak kenal ayah, masakla yang best-best sikit"
then my mak cakap,
"sapa suruh dia merajuk macam budak kecik"
but i know somehow my mak akan masak sedap-sedap, and ayah tak dapat menahan perut untuk makan,
then, they bergelak ketawa macam takda benda,
both of them selalu cakap macam neh,
my ayah suka minum teh, tapi dia tak suka minum yang kedai punya sebab sangat manis,
kadang-kadang i berjaya make the teh yang sedap ikut citarasa beliau tapi boleh kira pakai jari la, haha
but my mum know him well
tehnya ajaib,
then ayah selalu cakap,
"kalau mak hang takdak nanti, ayah takkan minum teh dah, mak hang ja pandai buat teh"
hari tu waktu sembang-sembang dengan mak,
waktu tu mak buat kueh tepung talam, err tak tahulah kamu semua panggil apa,
kueh tuh ada dua lapisan, bawah pulut kat atas tepung campur gula merah,
my ayah suka yang gula merah punya, bukan warna lain(sebab kueh tepung talam neh banyak jenis)
mak cakap something macam neh,
"kalau ayah ang takda, rasanya mak tak buat dah kot teh tarik dengan tepung talam neh"
okeh dah tak boleh tulis, rasa macam nak nangis,
heee my cengeng side dah keluar,
mak ayah! i love you mucho gila banyak banyak infinity!
bila la nak bertemu dia yang sudi gaduh-merajuk-ketawa with me till my hari tua?
and i can make him kueh cara/goreng pisang/cucur udang/sagu merah/cucur kodok/donut/kueh ketayap gulung/karipap/popia goreng/samosa/masalodeh
listnya to be continued
sebab rasanya buat masa sekarang itu jela yang pandai dibuat oleh diri ini ;)
harus improve lagi neh!!!
*tetibe bersemangat tak tentu arah
.kiki.