Tuesday 3 June 2014

Lesen

Aku selalu tahu yang aku ni macam bukan yang jenis fizikal punya orang. Senang cakap yang jenis ngelat nak pergi kelas PJ waktu sekolah dulu, so selalunya aktiviti fizikal dan sukan-sukan ini akan failed tanpa segan. HAHA. Zaman kecik, si syafiq lebih pandai naik basikal dulu dari kakak, then kemudian  basikal syafiq tu aku pakai belajar kayuh, pasal dia dah pakai basikal rally yang ada raga depan. Kakak yang memalukan kan? HAHA

Jangan tanya pasal motor, HAHA setakat rileks bawak pepetang depan laman umah tu boleh la, serius,haha aku tak pernah bawak motor atas jalan raya. So bayangkan, waktu belajar lesen dulu, memang debar gila la, berapa kali mati enjin atas jalan, dahla kat trafic light, dahla kereta bersusun kat belakang, dahla jenis gelabah abadi, rasa macam nak keluar kereta tukar dengan Mr Yap (cikgu memandu) tu, HAHA

So waktu test memandu dulu, siap buat nota atas kertas, letak dalam poket, bajet macam sempat la nak tengok nota sambil pulas stering kan? HAHA. Okay, bukit lepas. Naik terus, tekan minyak, pap, berhenti, bila encik jpj kata ok, turun. Next, parking, nota dalam poket ni, HAHA Dapat signal, terus mula, okay pusing kiri habis, reverse, kanan 2 setengah, pap, pup, pap, masuk dalam kotak, senget sikit, tapi tak terkeluar la, okay now pusing stering nak keluar parking, elok dah pusing, yang encik jpj pergi tiup wisel, terus gelabah tak tahu nak tukar gear depan ke belakang ke, dah cukup ke pusing stereng ke belum, blank. Tertekan minyak, terus encik tu suruh keluar, gagal. Sebab tayar belakang dah kena garis. Sedih kot, dah sikit je lagi nak mencapai kejayaan, HAHA. So tak boleh nak buat yang 3 pointer test, kena proceed jalanraya terus.

Tengah lelepak nak wat jalanraya, dengan kesedihan sebab tak lepas parking, budak-budak tu dok sembang macam share tips la, ada yang cakap karang senyum sikit dengan encik jpj tu, check la side mirror ke signal ke wiper ke, lampu semua tu penting. Dah sudah, aku tak tahu nak on wiper, HAHAHAHAHAHAHA. Serius tak pernah ambik tahu pun, dah gelabah balik sebab tak tahu on wiper, haha. Terus mesej si mel the saviour, tanya wiper macamana nak on, tak cukup mesej, telefon pulak. Memang tawakal nak main pusing-pusing je segala butang kat stering tu, HAHA 

Kena panggil, encik jpj tu siap berspek hitam bagai, bagi salam, muka garang je, dia hangguk, jawab dalam hati la agaknya. So dengan muka serius, aku bebelek la segala punat dekat stering tuh, pastu side mirror sebelah driver, dah sudah, macamana pulak nak adjust side mirror sebelah encik jpj tu, tarik nafas dalam-dalam cakap,

"encik, boleh tolong..." sambil tangan tunjuk ke side mirror dia, tak sempat habis cakap dia jawab, " dahhhhhhhhh, jalan."

Agaknya dia tahu aku pura-pura jadi berhemah HAHA. Jalan la dengan debar, dia nak jalan B, masuk trafic light ok, jalan lagi nak ke junction, ok, lalu depan sekolah ok, sebenarnya aku tak ingat jalan sangat, Mr yap cuma bawak meround dalam 2 kali ja macam tuh, memang tawakal dan redha je. Jalan terus, nampak padang macam ingat okay lepas padang ni kena ambil kiri, bagi signal, pap nak ke kiri. 


Pastu encik tu cakap, "awak nak bawak saya ke mana ni?", aku jawab lebih kurang "sorry encik, saya tersalah jalan" dah terus gelabah balik, bagi signal masuk kanan, terus je, rupanya ada lagi satu padang, kemudian baru kena masuk kiri. Dah sampai,  main masuk je parking. Sebab memang debar gila, hahaha.

Then dia cakap, "awak gagal" T_T

Serius sedih sangat waktu tu, kemudian mula babak merayu cakap sorry la apa lah. Agak bangang je rasa LOL

Then aku cakap, "tadi saya dah gagal encik, takkan jalanraya saya nak gagal jugak (muka sayu inserted HAHA)

Kemudian encik tu gelak, suruh aku sign form tu yang bawahnya tulis 'lulus' ujian jalan raya. Then dua minggu kemudian, pergi balik ujian kat litar (parking, jambatan dan three pointer) dan alhamdulillah lulus jugak.

YAY! 


*Just nak clear up the draft post, a lot! like 200++ draft*sigh. I got no time to finish this entry before, (more like, I was too lazy to finish it LOL) 

**Got my license on Nov last 2 years, wah so lama this post "di jerukkan" HAHA (checked, I wrote this post sometime last year only, phewww not that lama atleast)

***Okay nanti will try to update about my accidents (Please take note of the 's' there HAHA)


Bye!






Monday 2 June 2014

Tentang 'terlalu happy'

'Terlalu happy' ini bahaya, boleh hilang tanpa sedar,
Lupa.
Pic taken last 2 weeks, no filter.

Sunday 11 May 2014

Mak

Telefon mak pagi tadi, tak berangkat. Cuba kali kedua, masih sama. Kemudian baru teringat yang mak ada kelas mengaji pagi, sambung pergi masak (sebab dah lapar sangat HAHA), makan dan kemudian sambung online tanpa tujuan.

Bila on FB dan IG, semua orang sibuk wish "Happy Mothers Day", rasa bersalah dengan diri sendiri yang asyik buat kerja sia-sia sepanjang hari. Its a "Mothers Day" kiki. Be a good daughter. So cuba telefon mak lagi, sebab selalunya mak dah balik dari masjid.
Bunyi dering.
"Hello"
"Happy mother's day mak! (cakap dengan senafas, jenis kurang sabar)
"Oh, ahaa hari ni hari ibu, tadi dekat masjid semua orang dok pakat ucap hari ibu jugak (mak jawab secara selamba)"
"Mak tengah buat apa?"
"Nak makan bihun, baru lepas masak dekat ayah hang. Hang dah makan?"
"Dah, baru lepas. Kakak goreng pekasam hari ini. Pagi tadi syahrul belikan kakak nasi lemak"
"Hang lagi sedap ada pekasam"
"HAHA"
"Nak dengar cerita lawak tak? Kejap mak tengok ayah hang ada kat mana"
Senyap kejap.
"Ayah hang dok dekat belakang rumah HAHAHA (mak sambung gelak)
"Semalam waktu maghrib, ayah hang sembahyang kat atas rumah, mak dalam bilik sajalah spray perfume hang bagi tu. Lepas sembahyang, ayah mai tanya mak. Ada bau apa-apa tak, macam wangi. Mak cakap takda bau apa-apa. Ayah hang kata tiba-tiba bau semerbak lepas dia habis sembahyang. Seram juga tak semena-mena bila bau macam tu dia kata. HAHAHA selalu ayah hang berani sangat, semalam mak pekena dia pulak. Sampai la ni ayah hang tak tau lagi HAHA (mak gelak, gembira betul bunyinya dapat kenakan ayah)"

Gembira tu simple je kan? ;)

Selamat hari mak, mak! thank you sebab tak pernah berhenti buat kakak gembira, setiap hari. Hanya Allah tahu betapa banyak sayang kakak pada mak dan ayah.