aku sebenarnya tak suka angka, macam ada kuasa magik dalam otak aku yang menghalang untuk ingat sebarang angka,
serius, jangan ketawa.
aku selalu ada masalah kalau dengan 'password' yang hanya boleh melibatkan angka, pernah masa belajar dulu time semua orang sibuk keluarkan duit dekat bank islam, berapa hari aku asyik pergi atm tapi tak dapat keluarkan duit sebab aku lupa pin angka aku, sampai akhirnya kena pergi reset semula-
sampai sekarang aku selalu tertukar angka-angka akhir broadband ini, selalu rasa loooser sebab setiap kali mahu reload broadband terpaksa recheck balik angka-angka yang aku tulis, takut-takut kalau aku termasukkan angka lain.
setiap kali berurusan dengan angka, aku tanpa sedar bertukar jadi manusia hati-hati-
angka tu statik kan? kukuh untuk jadi hujung jawapan, untuk duduk sebelah dengan 'sama dengan' =
kitapun tak dapat bersembunyi di sebalik, hujungnya kita dah tahu harus itu, atau kita mula kira semula,
mudah.
tapi masih juga huruf-huruf yang paling indah,
kemudian kita atur jadi kata, hujungnya mungkin kita dan Tuhan saja tahu maksud-
susah?
tapi aku hanya suka itu saja...
p/s: mahu siap untuk lena, esok hari kerja dengan 'calculator' disebelah...*neutral tone
Monday, 13 February 2012
Thursday, 26 January 2012
Forbore a sigh
Gambar dari google |
seorang cikgu bahasa inggeris zaman menengah dulu message;
shakira, how's working life?
so me and my bongek side membalas;
sir, working's life is penat,haha. 9 to 5 everyday, hari-hari i wish weekend and bla bla bla (rungutan tak berasas inserted)
dan Sir balas,
go slow, you will get along with it soon, dont think bout it too much, enjoy it! anggap kerja sebagai ibadah
*pang*virtual slap,
malu kan? banyaknya mengeluh shakirah ni, penat sikit pun mengeluh, tak ada kerja mengeluh, ada kerja mengeluh. malulah! nama 'shakirah' harusnya tahu syukur banyak-banyak ;( tapi masih nak mengeluh, jadi tahun ini, daripada banyak buat azam-azam yang tak pernah tercapai, cuma mahu fokus,
"jadi manusia yang kurang mengeluh dan sabar banyak-banyak"
doakan! ;)
Tuesday, 24 January 2012
The escapist
“Some things, you know, if you say them, it makes them not true?”
-Haruki Murakami, The Wind-Up Bird Chronicles
-Haruki Murakami, The Wind-Up Bird Chronicles
err, sebenarnya cuma pandang muka laptop berkali-kali tetap juga tak tahu nak tulis apa,
penulis yang menyedihkan bukan?
-Assalamualaikum ;)
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)