Aku mahu jadi angin,
terapung-apung,
melayang,
tanpa terikat dengan mimpi siapa-siapa,
aku mahu jadi neutralist,
yang pasak hati hanya pada Tuhan,
aku mahu berhenti berfikir seolah aku tahu semua perkara,
aku mahu buang justifikasi,
dan lepas semua yang memang tak tergapai,
aku mahu ajar hati untuk mimpi berpada-pada,
Aku mahu jadi angin,
tanpa zahir tapi masih penuh rasa,
terapung-apung, melayang,
tapi masih tak hilang diri.
Aku mahu jadi angin,
Damai dalam diam.
tapi masih tak hilang diri.
Aku mahu jadi angin,
Damai dalam diam.