"You could be happy, I hope you are" - snow patrol
Semua orang boleh jadi "happy" setiap hari, kalau kita belajar biar dan lepas semua pada Allah (sebenar-benar redha dan tawakal). Tanpa risau melebih-lebih. Tanpa "overthinking" macam aku. Sebab selepas "A" akan ada "B" ;) dan kalaupun kita sudah di hujung bertemu "Z", tiada huruf lagi selepas itu.
Kita mula semula dari "A".
Nampak positifkan aku? Positif bila menaip di sini, datang situasi sebenar, hancur juga langkah aku. Kucar-kacir juga hati sekeping ni.
Panjang bebelan aku, asal dari lirik snow patrol - "you could be happy" elaborasi yang sedikit berbeza. HAHA tapi memang betul, kita yang corak bahagia kita sendiri, nak duduk tersorok kat satu sudut sambil takut-takut kesat air mata atau nak terus lari sambil lihat dunia yang cantik. Kita yang pilih. Kita.
Kalau pilih nak sedih pun boleh, pilihan sendiri. Tapi bila lihat ketawa orang lain, jangan cemburu, jangan tambah sedih. Ingat. Kita yang pilih cara kita corakkan hidup kita--
Hari ini post tentang pilihan, rasanya aku dah tahu apa pilihan aku ;) Masa untuk jalan terus, lepas semua. Kalau apa yang tertinggal memang milik kita, Allah ada, Allah akan simpan dan temukan semula di jalan hadapan. Kalau memang bukan milik kita, takpa. Kita tetap ada Allah.
Pilihlah untuk "happy", bukan bermakna kita akan "happy" selalu. Mustahil. Tapi insyaAllah kita akan lebih kuat untuk hadapi perkara tak "happy" selepas ni.
Sekarang mula baru jom! Reset hati yang cengeng dan nangis kuat ni. Jadi hati dan jiwa baru, penuh dengan "happy".
Tahu tak satu perkara yang "happy" buat aku? Tulis blog usang ini, buat aku rasa "happy" ;)
Kena tulis selalu ni! InsyaAllah.
|
Photo taken at Monkey Beach, Penang |
p/s ; Kalau hati "happy" langit dari celah ranting pokok pun kita nampak luas dan cantik.
side note ; "happy" dan "terlalu happy" itu berbeza ya. "Happy" pun harus ikut situasi dan seadanya ;)