Friday, 22 November 2013

Ketawa yang selesa

Ketika jatuh. Kita selalu cuba nak bersandar di bahu orang, menumpang rasa selesa kalau boleh, berkongsi ketawa. Sekadar duduk sebelah dan sembang lagak biasa. Lagak orang tanpa masalah.

Sungguh, tak ada orang mudah serahkan masalahnya untuk dijerih fikir dek orang lain. Cuma nak tumpang ketawa, sebab masa begini, saraf ketawa dalam otak sendiri macam "numb", takda rasa. HAHAHAHA

Tapi bila di hujungnya, cuma ada "the awkward laugh" atau hanya sepi tanpa ketawa.

Cepat faham.
Dan mula belajar untuk "mono-ketawa".

Less hurt kata orang.
posted from Bloggeroid

Friday, 15 November 2013

Selipar sabtu

Kisah sabtu lepas. Sabtu ada hal di Ipoh, jadi balik rumah hari jumaat, dan pagi-pagi sabtu ke Ipoh dengan mak, syahrul dan syafiq. Perjalanan biasa, sesat juga seperti selalu, hahaha. Yang namanya shakirah kalau tak sesat, tak sah.

Kenapa cerita pasal Ipoh? Sebab nak kongsi cerita lawak, haha. Okey, bila berjalan jauh sikit selalunya bawa lah bekal apa-apa buat makan bila berhenti, (satu, mak memang tak boleh makan masakan kedai sangat, tak boleh pedas sangat, kadang masakan kedai bercuka la, tak boleh tersalah makan, pernah operation dulu, sebab kedua, boleh jimat) jadi mak masak nasi lemak pagi tu. Kakak cuma tolong goreng telur, haha.

Lepas dah selesai semua urusan, tengah tunggu si syafiq dan syahrul, bila dah datang budak berdua tu, suruh diorang makan sebelum gerak. Lepak dekat parking lama juga, kemudian gerak balik. Singgah pekan sebelum rumah, beli barang dapur. Suruh si syahrul turun temankan mak, dia cari sebelah selipar tak jumpa. Kakak turun.

Sibuklah cari selipar, sampai rumah puas belek cuma ada sebelah selipar. Kakak dah memang syak, budak ni tertinggal sebelah kat luar waktu duduk lelepak tadi. Beria dia cakap bukan.

Dah petang, depan tibi, dia baru teringat yang bila dia mengadap nasi lemak mak, kaki dia sebelah dekat luar. Bila nak start enjin, dia cecepat tutup pintu. Tinggallah sebelah selipar keseorangan di tapak parking. HAHAHAHA
posted from Bloggeroid

Friday, 25 October 2013

Diet

Situasi baru habis dinner, tapau tom yam lepas balik giant tadi. Sebelum makan tadi pakat main timbang berat badan, luckily syafiq lagi berat *hembus nafas lega* walaupun tahu dia tinggi lagi, logik la berat beliau, hahaha. Takpa, nak rasa lega juga walau sebentar, eh?

Sambil basuh pinggan, mengomel,
"Kakak ingat nak diet betul-betul, sampai 50 kilo..."

Syafiq sampuk,
"Jum Rul, kita blah cepat-cepat, jangan dengar cerita bohong ni"

Dedua pakat angkut teh minum kat depan sambil gelak.

Cissssss, tak memotivasikan lansung.
posted from Bloggeroid