Monday, 3 June 2013
Monday, 20 May 2013
Diari kosong
2012, separuhnya masih kosong.
Sekarang sedang kejar 2013 yang lari laju.
Semakin kuat kejar, semakin kuat pecutnya.
Jauh. Sayup . Penat.
Berhenti sebentar untuk ikat tali kasut jenama dunia.
Lelah. Haus. Penuh keringat.
Sunday, 12 May 2013
Motivation
Tadi telefon mak. Dari kisah 'Hari Ibu' berlanjutan ke kisah makan apa hari ini. Soalan wajib setiap kali telefon, rasanya memang orang Malaysia begini kot, teliti soal makan dan makanan. Haha.
Tanya mak makan apa, macam-macam mak jawab. Hari ini mak masak kangkung goreng, Kemudian petang beli mee rebus dengan kuih ayah suka dekat pasar minggu, tengah hari buat karipap pusing sebab Syafiq ada kerja dekat dengan rumah Tok, alang dah dekat suruh Syafiq lajak hantar karipap pusing dekat Tok. Sempena hari ibu mak cakap, cute ja :)
Mak tanya makan apa malam ini.
'Biskut pat segi cicah nescafe, kakak dah gemuk, kena diet betul-betul"
(Sambil buat suara sedih dekat mak)
(Sambil buat suara sedih dekat mak)
Kalau dedulu, bila cakap soal gemuk, diet, pipi tembam dan nak kurus. Mak akan macam, ala takpa jangan sampai tak makan. Kalau Ayah dulu bila time lunch, semua makan sekali, bila makan sikit ja ayah akan suruh jangan tahan perut, makan je.
Tadi mak jawab,
"Ni hang beli minuman fiber perasa epal, ni hat jenis buah-buahan takpa, mak tengok dalam 39 ringgit ja. Hang minum yang tu, buang toksik dalam badan."
"Ni hang beli minuman fiber perasa epal, ni hat jenis buah-buahan takpa, mak tengok dalam 39 ringgit ja. Hang minum yang tu, buang toksik dalam badan."
Lepas tu suara ayah kat belakang, tak jelas sangat.
Mak sambung,
"Ayah ang suruh minum ayaq oren pagi-pagi, hang beli oren sunquick, botol kecik 4 ringgit ja. Letak kat ofis"
Suara ayah lagi kat belakang. Mak sambung,
"Kawan ayah hang minum ayaq oren tu, tiga bulan ja kurus. Jangan dok makan hat berlemak sangat"
Okey, dah faham. Ini memang betul kena diet ni. Haha.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)