Sunday, 23 December 2012

Random thought

Assalamualaikum;)

Lama. Sampai rasa nak postkan ruang kosong ni dengan hanya "Assalamualaikum". Ya, shakirah di sini, selepas lama, dan tadi baru perasan yang tahun ini cuma ada 10 cerita (post). Penulis cerita yang nampaknya tiada cerita untuk bercerita. Penulis cerita yang baca post lelama rasa sangat lawak dengan diri sendiri, hahahaha~, 
Memori memang macam itu kan? Selalu buat kita rasa nak ketawa, walau memori sedih pun, bila dah lelama we can always smile atleast, sebab memori dah help blended the pain, its in there, dalam senyum itu pun, its in there, cuma that pain dah jadi half of us. Macam memori. Kita tak immune pun, still might be hit by another pain, masih sakit after that, cuma kita kena terus. Allah will ease the pain dengan caraNYA, kita sendiri pun kabur dengan apa yang ada di hujung hati kita, only HIM knows~

24, yup, dah 24 tahun last week.
Tolong doakan ya!


Haha, dah terbebel dua perenggan. 
Papai!





Sunday, 22 July 2012

Cerita

Ini cerita 2 minggu lepas, waktu balik kampung,

Sekolah si ecah ada "hari sign report card day" which all parents kena datang sekolah, soo ayah datang, kena masuk ke kelas pelajar nak sign report card si ecah,

Guru kelas tanya, "anak pak cik nama apa?" *sort like

Ayah jawab sambil tangan tunjuk kat si ecah yang tengah menulis, "siti nur shakirah'

Cikgu yang pelik tanya lagi, "nama apa?"

Masih juga ayah jawab, "siti nur shakirah", sampai cikgu confuse tu betulkan ayah, "siti nuraishah ke?"

Mak asyik ulang cerita ini depan ayah sambil sindir ayah dah nyanyuk, ayah cuma gelak. Dan siti nur aishah tarik muka masam. Hahahaha :p

Dan terbuktilah, ayah rindukan siti nur shakirah, the end. Haha

Selamat berpuasa!



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 9 July 2012

Tanpa payung

Assalamualaikum :)

Hari ini punnn hujan lagi, tapi begitulah, masih juga tak bawa payung, sepatutnya ada... Tapi sampai sekarang tak tahu mana hilang, mungkin dah terhilang atau tertinggal kat mana-mana. Mungkin juga kena beli payung baru, tadi nampak seorang mak cik bawa payung pelangi, macam nak pergi beli jugalah, hahaha.

Tadi, sebab hujan lebat, terpaksa pinjam payung cik bos. Err pinjam dulu esok baru minta izin :(

Lawaklah, dua post tentang hujan, haha. Ok, sebenar tak tahu nak tulis apa, my life preeeety simple :)

Keluar rumah awal pagi, selalunya pukul8 baru balik, mandi bersiap-siap untuk rehat, baca bedtimes books, pukul1 sampai ke negeri mimpi. Esok pukul6.30 bangun semula, fikir nak pakai baju apa, siap-siap, singgah beli sarapan, pukul8.45 mula kerja. Kalau rajin balik awal pukul5.45, masak cincai untuk makan malam.  Kalau balik lambat, mandi buat milo secawan dan baca buku cerita, menyembang dengan si umi dan tidur. See, biasa sahaja. Tapi alhamdulillah,

Di office, across races, ada kawan-kawan yang boleh ketawa gembira sama-sama. Macam dah lama kenal.

Dekat rumah ada si umi, best friend more like siblings. Sanggup together dari zaman cuma ada cerek elekrik, sahabat sampai akhirat insyaAllah.

Masalah memang banyak kalau kita nak fikir, tapi cubalah, selesaikan perlahan-lahan, doa dan gembiralah :)

Ada jalannya nanti, insyaAllah.

*sila gembira selalu.

Published with Blogger-droid v2.0.4