Saturday, 18 September 2010

Jangan simpan dalam hati!!



Hujan,
seharusnya sejuk,
aku simpan dalam hati,
seharusnya basah,
aku simpan dalam hati,

hatiku lencun
hujan pun pergi.








sajak lepas tgk hujan turun... hujan lebat sangat sampai kat tepi hostel jadi tanah runtuh, entahlah siapa yang simpan dalam hati, tanah yang runtuh atau hujan yang mencurah....

Mari bermimpi

Mari bermimpi
Satu belajar kerdipkan mata,
Sebelah kanan,
Sebelah kiri,
Kerdipkan dua matamu sekali

Dua mula pejamkan mata,
Sebelah kanan,
Kiri nampak,
Kiri pejam,
Kanan lihat,

Tiga, wajib kau baca doa,
Kosongkan minda,
Kerdipkan mata,
Eh, jangan lupa
Matamu itu,
Pejamkan dulu

Empat mula bayangkan indah,
Tentang impimu,
Bermimpilah kamu
Sebelum pagi

Lima mesti aku bertanya,
Sebelum engkau mula bermimpi,
Ini perkara yang terutama,
“sudah kau tutup lampu kamarmu?”
“sudah kau labuhkan tirai kelambumu?”


2006

Payung yang selesa

Semalam,
Selepas hujan,
Kulihat sekaki payung,
Muram,
Tanpa titis air hujan,

Aku hairan,
Payung muram tanpa hujan?
Sedang hujan membasahkan payung.

Hari ini,
Ketika hujan lebat,
Ku temui payung semalam,
Tersenyum lebar
Bersama sejuk hujan

Aku pelik,
Pada payung yang tersenyum,
Sedang hujan membasahkan payung

Hari ini dan semalam,
Kutemui,
Sahabat selesa,
Sekaki payung bersama hujan.

~kulihat hujan~
                                                       14/4/2006@10