Assalamualaikum :)
Hari ini punnn hujan lagi, tapi begitulah, masih juga tak bawa payung, sepatutnya ada... Tapi sampai sekarang tak tahu mana hilang, mungkin dah terhilang atau tertinggal kat mana-mana. Mungkin juga kena beli payung baru, tadi nampak seorang mak cik bawa payung pelangi, macam nak pergi beli jugalah, hahaha.
Tadi, sebab hujan lebat, terpaksa pinjam payung cik bos. Err pinjam dulu esok baru minta izin :(
Lawaklah, dua post tentang hujan, haha. Ok, sebenar tak tahu nak tulis apa, my life preeeety simple :)
Keluar rumah awal pagi, selalunya pukul8 baru balik, mandi bersiap-siap untuk rehat, baca bedtimes books, pukul1 sampai ke negeri mimpi. Esok pukul6.30 bangun semula, fikir nak pakai baju apa, siap-siap, singgah beli sarapan, pukul8.45 mula kerja. Kalau rajin balik awal pukul5.45, masak cincai untuk makan malam. Kalau balik lambat, mandi buat milo secawan dan baca buku cerita, menyembang dengan si umi dan tidur. See, biasa sahaja. Tapi alhamdulillah,
Di office, across races, ada kawan-kawan yang boleh ketawa gembira sama-sama. Macam dah lama kenal.
Dekat rumah ada si umi, best friend more like siblings. Sanggup together dari zaman cuma ada cerek elekrik, sahabat sampai akhirat insyaAllah.
Masalah memang banyak kalau kita nak fikir, tapi cubalah, selesaikan perlahan-lahan, doa dan gembiralah :)
Ada jalannya nanti, insyaAllah.
*sila gembira selalu.
Published with Blogger-droid v2.0.4