Sunday 11 May 2014

Mak

Telefon mak pagi tadi, tak berangkat. Cuba kali kedua, masih sama. Kemudian baru teringat yang mak ada kelas mengaji pagi, sambung pergi masak (sebab dah lapar sangat HAHA), makan dan kemudian sambung online tanpa tujuan.

Bila on FB dan IG, semua orang sibuk wish "Happy Mothers Day", rasa bersalah dengan diri sendiri yang asyik buat kerja sia-sia sepanjang hari. Its a "Mothers Day" kiki. Be a good daughter. So cuba telefon mak lagi, sebab selalunya mak dah balik dari masjid.
Bunyi dering.
"Hello"
"Happy mother's day mak! (cakap dengan senafas, jenis kurang sabar)
"Oh, ahaa hari ni hari ibu, tadi dekat masjid semua orang dok pakat ucap hari ibu jugak (mak jawab secara selamba)"
"Mak tengah buat apa?"
"Nak makan bihun, baru lepas masak dekat ayah hang. Hang dah makan?"
"Dah, baru lepas. Kakak goreng pekasam hari ini. Pagi tadi syahrul belikan kakak nasi lemak"
"Hang lagi sedap ada pekasam"
"HAHA"
"Nak dengar cerita lawak tak? Kejap mak tengok ayah hang ada kat mana"
Senyap kejap.
"Ayah hang dok dekat belakang rumah HAHAHA (mak sambung gelak)
"Semalam waktu maghrib, ayah hang sembahyang kat atas rumah, mak dalam bilik sajalah spray perfume hang bagi tu. Lepas sembahyang, ayah mai tanya mak. Ada bau apa-apa tak, macam wangi. Mak cakap takda bau apa-apa. Ayah hang kata tiba-tiba bau semerbak lepas dia habis sembahyang. Seram juga tak semena-mena bila bau macam tu dia kata. HAHAHA selalu ayah hang berani sangat, semalam mak pekena dia pulak. Sampai la ni ayah hang tak tau lagi HAHA (mak gelak, gembira betul bunyinya dapat kenakan ayah)"

Gembira tu simple je kan? ;)

Selamat hari mak, mak! thank you sebab tak pernah berhenti buat kakak gembira, setiap hari. Hanya Allah tahu betapa banyak sayang kakak pada mak dan ayah. 


Tuesday 8 April 2014

A rainbow night




Langit belakang dapur rumah selepas senja semalam, tanpa sebarang filter. Cuba tengok betul-betul, nampak ada sedikit warna pelangi kan?
posted from Bloggeroid

Thursday 6 March 2014

Lari

Kalau lari itu dapat selesai semua, kita takkan pernah jumpa cinta, rasa selesa
Berdepan dengan rasa. Bukan lari.


Runaway cost you love. and you can never found comfort, no matter how far you run.
Face it. Do not run away.