Thursday 6 March 2014

Lari

Kalau lari itu dapat selesai semua, kita takkan pernah jumpa cinta, rasa selesa
Berdepan dengan rasa. Bukan lari.


Runaway cost you love. and you can never found comfort, no matter how far you run.
Face it. Do not run away.

Wednesday 5 March 2014

Cuba sebut "tige"

Bermesej dengan Kak Nini dari topik biasa ke serius, selalu orang (yang belum kenal aku) salah faham macam aku ni sombong, sebab wajah aku yang garang dan serius ini mungkin.

Kak Nini ketawa. Kemudian dia tulis...

"Sebut 3"

"Sebut 3?"

Aku yang keliru soal semula, hampir juga ingat Kak Nini tersalah balas mesej.

"Aha"

"Tapi 'tige' tau"

Kemudian bila cuba sebut "tige" tu fahamlah aku. Hahahahahha comelnya tips ni. Kena praktis sebut "tige" selalulah.

posted from Bloggeroid

Monday 24 February 2014

Fly with words

Nak tulis. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang nak ditulis. Semenjak dua ini, jadi rajin pula nak tulis. Agaknya, sebab aku kurang bercakap. Nanti bila rakan bercakap jenuh, tulis pun jadi kurang.

Aku tak dapat tidur. Salah. Lebih kepada aku tak mahu tidur. Kalau aku ini, kat mana-mana pun aku boleh tidur. Tempat bukan masalah besar, mata mengantuk atau tidak sahaja, HAHA Rasa tak mengantuk malam ini. Rasa debar untuk esok, Kamus Oxford Advance Learner siap jadi teman tidur sudah berapa malam. Macamlah tidur sebelah kamus, aku jadi hafal jargon english semua.

Ah, aku peduli apa.

Sekarang aku taknak fikir dah jauh-jauh. Entah yang jauh itu punya aku atau tidak. Sekarang kita ambil peluang yang ada disini, hari ini. Buat sehabis baik apa jua yang kita buat. Jangan berhenti pada yang tak tahu, tak pasti.

Nak sambung baca sedikit.
Selamat isnin!

posted from Bloggeroid