Friday 24 January 2014

Pintu tren

Dalam tren, berhenti satu stesen. Ada dua mak cik nak masuk,

Waktu pintu tren nak terbuka, salah seorang mak cik tu sebut,

"Yat insun mata aji semat insing"
(Macam dalam cerita ali baba P.Ramlee)

Lepas tu mak cik berdua tu ketawa.

Aku pun tumpang ketawa sekali. Comel HAHA

-------
Sekarang nak dokumen-kan moment yang manis setiap hari. Apa moment manis korang hari ni?

posted from Bloggeroid

Kisah gembira semalam

Semalam naik teksi, seorang pak cik tua. Orangnya ramah dan intuisi aku waktu tu rasa macam ini insyaAllah orang baik-baik, jadi aku layan bersembang, tukar cerita.

Katanya dia dahulu driver lori selama 17 tahun. Baru sahaja mula bawa teksi 4 tahun lepas.

"Auntie ada sakit kencing manis. Uncle jual uncle punya lori kasi ubat sama dia"

Waktu tu rasa terharu campur gembira. Terharu untuk uncle tu yang cakapnya lagak biasa. Senyum, kemudian pandang luar tingkap teksi, nampak bintang.

Cinta memang ada setiap hari. Cinta memang ada untuk setiap orang.
posted from Bloggeroid

Saturday 11 January 2014

Monolog cengeng

Bila aku telefon ayah nangis-nangis (cengeng)

Ayah cuma cakap,

"Jangan putus asa! Jangan putus asa! Tengok ayah dah tua macam ni, semua ayah dah rasa sekalipun ayah tak pernah putus asa"

Aku tak tahu kenapa aku cengeng begini. Sebab dekat sangat dengan keluarga mungkin, kalau dulu aku duduk jauh, aku rasa semangat penuh. Mati-mati aku fight, apa jadi aku hadap seorang. Aku malah gelak pada masalah yang datang, tak pernah aku serabut fikir masalah bagitahu mak, bagitahu ayah.

Entah, kenapa jadi lemah semangat begini ya shakirah? Kalau nak salahkan usia yang menginjak 26 tahun ini, konflik wanita fasa pre 30-an? Haha. Hormon? Aku dari dulu selalu rasa merepek ja hormon, maksud aku, macam kau mood breakdown, maki orang kemudian salahkan hormon, salahkan pms-- macam rasa marah maki orang tu boleh hilang bila kau bagitahu sebenarnya pms. Selindung la sebalik pms dan hormon selagi daya. Nak marah orang, marah dengan berani ok. So boleh cross segala pms hormon dari option ni. Bukan juga fasa pre 30 an tu, sebab aku masih rasa 17 tahun sahaja. HAHA

Aku down sebab aku down. HAHA. Tak. Conflict hati dan otak aku. Between what I want and what I need. Sebenarnya mimpi (read : impian) aku kecik je. Kecik kalau banding dengan impian mainstream orang tapi besar kalau setakat otak dan hati aku.

Kadang aku rasa aku ni pelik. Atau boleh panggil psycho (not real mental punya psycho HAHA) Orang susah nak dapat apa yang aku dapat, aku dapat tapi aku let go. Aku dapat, tapi aku decline sebab alasan cengeng. Kemudian aku asyik harap nak dapat apa yang aku nak, sedangkan sekarang aku hanya sipi-sipi lagi nak tergelincir. Ok, boleh panggil aku degil jugak.

Oh korang tahu ada dua degil? Satu, degil yang bijak and firm. Dua, degil yang bodoh and bodoh. So aku yang kedua. Sila jangan jadi macam aku. Jadilah si degil yang bijak, tahu sebanyak mana harus degil, sebanyak mana boleh lawan.

Aku dah banyak fikir. Give myself another 5 days untuk pilih want atau need. Dan aku sendiri tak tahu kenapa aku rajin sangat nak blog time otak serabut begini. I guess, I need doa daripada semua orang.

Please doakan aku untuk tahu apa yang terbaik. Minta Allah tunjuk apa yang baik dan sesuai untuk aku.


Thank you semua orang yang manis!
posted from Bloggeroid