Wednesday 2 March 2011

Deria rasa aku


         dibawah cerita beg(dompet) hitam biasa, tapi diatas gambar beg penuh dengan hati :(



tadi aku hilang dompet, dengan segala untung nasib aku,
kad matrik, kad pengenalan, kad kad bank, 
gambar makayah,
semuanya,
ya,
duit memang tiadalah, 
cuma seringgit dua,

namun,
perkara paling harus sedih hari ini, 
aku rasa deria rasa aku juga sudah hilang,
bila hilang dompet begini,
jadi bukti kukuh,
deria rasa aku sebenarnya dah hilang lama,
hari ini bukti kukuh untuk sedar,
yang ketika harus menangis sedih, 
aku ketawa,


aku jadi takut yang ini bukan kita panggil optimist :(
aku jadi takut yang aku juga bukan realist :(




p/s: syukur Alhamdulillah, dompet telah selamat dijumpai oleh seorang pak cik ajaib yang simpan dengan kemas dompet koyak milik aku itu :)*terima kasih pak cik!












dan rasa takut masih penuh, walau selepas jumpa dompet hitam aku, haih


Tuesday 1 March 2011

Menulis

MENJADI PENULIS TERUS, SUATU PROFESION YG TAK MEMERLUKAN MODAL JUSTRU MODALNYA TELAHPUN ALLAH TAALAA HADIAHKAN KPD KITA MELALUI ORGAN-ORGAN DAN PANCAINDERA KITA

---
Petikan kata Agi Ghaffar Ibrahim, kata-kata yang buatkan aku semangat mulanya, kemudian aku biar.

Satu harapan besar!

sedang belajar kejar sesuatu yang tak perlukan modal, justeru modal-modalnya sudah ALLAH hadiahkan kepada kita melalu organ dan pancaindera,
seperti kata, 
Agi Ghafar Ibrahim


doakan :)