Wednesday 21 July 2010

.melalut

*siyes aku tak suka buka belog yang kena loading lama, sebab berat bagai nak rak.. aiseh !!penat cik laptop. sebab tuh jugak aku tak suka letak manyak benda kat belog ajaib ini, sebab tak nak kejadian tu berulang kat diri sendiri, sebab penat bila tengok blog lambat loading, sebab aku je syok sendiri baca blog sendiri... hahahaha so tak nak penatkan diri sendiri... self obsession

so aku juga dah buang encik nuffnang dari list dalam belog, sebab dia memang takkan bantu bila hujung sem, encik suhaimi akan bantu..heee~ dah belajar hilang perasan, sebab kalau setakat belog yang tulis repekan sendiri macam neh 20 tahun lagi pun belum tentu buffered.. ini macam life journey,heehehe cewah perasan sungguh ang kan kiki?? takla nie macam cerita-cerita biasa je, sometimes, bila aku tak tau nak tulis hapa, rasa macam better stop je tulis belog.. but then, aku dapat inspirasi kembali...heeeh okeh perasan lagi sekali

tapi aku still kuno, sebab masih tulis diari merah jambu yang balut elok-elok dan simpan dalam laci., sebab ada setengah benda susah nak kasi orang faham ataupun benda tu sangat tak penting untuk orang lain tapi aku rasa macam sangat ajaib sangat. the best part bila tulis diary adalah, bila bacanya balik... sebab daya ingatan yang terhad, so bila baca balik kita akan ingat benda kecik sampai benda besar-besar.. tapi ada jugak perkara yang tak payah simpan dalam diary kita akan ingat selalu, usung sana usung sini, jalan-jalan, pastu pusing balik pun still ada lagi, lari-lari anak pun  ada lagi, pastu kita pun faham perkara tu takkan hilang, so kita pun belajar selesakan diri...


eh sekarang dah masuk hari lain, selamat datang hari rabu!!!

tak tahu nak merepek apa lagi..

assalamualaikum


Monday 19 July 2010

.my malaysia

Kadang-kadang aku sangat pelik dengan pandangan pelik orang, orang akan pandang kita pelik kalau kita duduk bersuka ria bergelak ketawa dengan our malaysian, sorry to say tapi this kind of event selalu occur dan mata yang lihat adalah bermuka tanda soal.

bagi aku untuk dapat those click and ping sound adalah bukan dengan first judgement, kita tak tahu, sebab kita kena amik masa untuk really sedar yang ini adalah kawan yang benar-benar, yang akan cakap direct bila kita pakai off color atau benda ni sesuai untuk kita atau tak, yang apresiasikan kata-kata dengan tindakan, bukan puji depan-depan dan belakang jadi someone yang kita tak pernah kenal. dalam experiment ini, race adalah pemboleh ubah di malarkan* sorry aku tak amik sains dalam english so i dunno the exact word untuk pemboleh ubah di malarkan, heeee~

so apa salahnya kalau kita dapat those click sounds tu dengan sesiapa pon?

aku ingat lagi beberapa sem lepas, kitaorang nak share tengok muvie, cerita hantu which is our favourite~heeeh. aku cakap, kita turunkan tilam tidur together ramai-ramai, waktu tu both kalai ada,  si mel dah balik sarawak jadi cuma kita bertiga, dan kalai keep tanya again and again,
"kiki, ang tak kisah ker tidor dengan kitaorang?"

sebab pandangan tak best dari sesetengah orang, two friend takut untuk share dream together :(

eventhough, kita adalah berbeza agama, we respect each other. macam bulan puasa tahun lepas, tiap-tiap hari akan berbuka sekali, even si kalai dan mel sangat segan untuk minum air depan aku, dan akan minta maaf berbakul-bakul hanya untuk tu. diaorang selalu kesiankan aku nanti terpaksa berbuka sorang sorang, dan dioarang akan tunggu waktu berbuka baru nak makan sekali sambil temankan aku. kadang-kadang rasa funny sangat sebab si kalai dah lapar sangat, elok je azan terus makan, bila aku baca doa buka puasa, tunggu sambil pegang nasi tomato

even waktu sahur, sebab si mel selalu tidor kat bilik aku, dia akan bangun temankan aku sahur. dan risau sangat kalau aku tak nak sahur, sebab takut aku penat :)

precious

bila kitaorang keluar jalan-jalan, dioarang akan tunggu kat luar surau untuk aku solat. malah, kadang-kadang si kalai lagi kalut kalau dah azan isya' dan kitaorang still dok menyembang, dia akan cakap "kiki ang pergi la sembahyang dulu"

eventhough, kita adalah bermajor english language tapi kita spend most of our time cakap loghat penang, nasib baik my mum adalah orang kedah, kedah dan penang punya bahasa adalah lebih kurang. dan selalu bila cakap di telefon, orang akan misunderstood kalai sebab dia cakap pekat penang.

kat sini adalah jauh dari rumah, walaupun naik bas nak balik rumah tak lebih dari RM10, kita masih sendiri, tapi untuk ada mereka make me rasa ramai. bukan kitaorang tak pernah merajuk dengan each other, tapi the best part we manage to went through it... rasa sangat champion,heeee~



so sila kawan dengan sesiapa, take time untuk tahu dan learn untuk hidup lebih dari first impression...

yang penting jaga diri, junjung agama
semuanya serah pada Allah
*sila gembira!!






 .cik kiki.



notakiki: Ini pandangan aku yang biasa-biasa, rasanya sometimes we never need that "one" word before malaysia. sebab perkataan malaysia tu dah refer kita semua across bangsa. we malaysian, secara tanpa sedar selama bertahun-tahun kita sedang share perkataan "one".

.sila tido

okeh sekarang sudah 1.36 am, waktu harus tido!!!
kenapa aku jadi pompuan yang ada masalah tido?? yang terpaksa pusing kiri kanan untuk lena. atau terpaksa baca buku cerita dengan tulisan halus-halus untuk me~mengantukkan mata?

sekarang harus ajar mata, atau lebih tepat otak
tidur takleh sangat-sangat lewat

masalahnya,
aku seorang pengajar yang teruk, dan slow learner selalu


*selamat malam saudara-saudari
*assalamualaikum
*sila gumbira esok :)







 saya yang mungkin tido,
.cik kiki.