Showing posts with label versi tulis dan cerita. Show all posts
Showing posts with label versi tulis dan cerita. Show all posts

Monday 20 September 2010

.our worst nightmare




seorang my close friend kena godam "hacked" di one of her social networking site, and dia sangat trauma tentang internet, sila fikir sendiri apa yang hacker or hackers itu buat dekat page beliau... nak sebut pun sangat sakit hati.


entahlah sangat tak faham, kenapa harus buat benda-benda bengong tak bermoral pada orang lain??
rasa gembira?
rasa senang hati?

sangat kesian pada orang yang cari gembira dengan cara begini. kesian sangat.


bila kawan kita yang sangat rapat gila sedih,  i felt like teruk sangat, worst sebab i dont know how to comfortkan hati orang, hate untuk cakap "sila bersabar" sedangkan diri sendiri tahu how worse dia rasa.

rupanya baru sedar, bila keadaan yang tak best, sakit dan sedih.. tak banyak perkataan kita dapat guna, walaupun waktu ketawa gembira-gembira kita cakap tanpa henti selalu. pelik kan?? waktu sedih, tensen, kita perlukan orang, bukan perkataan... 

orang yang mungkin hanya duduk dan dengar, biar kita rasa tak kosong.


entahlah, selalu rasa myself adalah optimist, rasanya peratusan optimist itu sangat meragukan, takpe takpe sedang belajar nak jadi dewasa, heeee

harap perkara macam ini tak jadi pada sesiapa pun lagi
and hey girls, jangan duduk diam do something





.kiki.


Saturday 18 September 2010

.9 syawal

dah tiga hari ada kat bangunan yang sunyi sepi, nak jumpa seorang manusia juga amat payah..
balik awal dengan iltizam nak buat asigment dan segala macam kerja tertangguh
tapi rupanya kena demam sorang-sorang,
dah lama sangat tak demam,
waktu lepas raya hari tuh,
semua orang kat rumah demam, mula-mula ecah, chado, mak selsema then ayah demam..

semalam sangat worse, badan gigil-gigil, dengan kepala sakit sangat,
plus duduk sorang-sorang,
rasa sangat alien,
hahahaha
call aida tengah-tengah malam,
sebab rasa teruk sangat tak boleh bercakap dengan sesiapa,


hari ini ok sikit,
insyaAllah, jap g baik la ni...




Ya mari kita kembali mengadap asignment-asignment yang ajaib... hahahaha



.kiki.

Wednesday 15 September 2010

.salam maaf

selamat hari raya
maaf zahir batin
dari sitinurshakirahsuhaimi.
maaf untuk sebarang kata-kata yang menguris atau perilaku saya yang kasar, maaf untuk semuanya.


sangat tak sempat nak online  macam-macam perkara berlaku pada orang sekeliling, rasa sangat sakit berada dicelah-celah orang-orang yang kita sayang terluka dan sakit tapi tak banyak yang kita dapat lakukan untuk selesakan hati mereka.

harap semuanya akan gumbira lagi lagi dan lagi


harap kamu semua yang baca ini juga sedang gembira, orang-orang kesayangan kamu juga gembira :)




mysweetmoment : lama sangat tak betul-betul memerhati bintang, malam 27 ramadhan haritu dapat sungguh-sungguh lihat banyak bintang kat langit depan rumah dengan aisyah, i always missed that moment sampai bila-bila.., moment dulu-dulu tengok bintang dengan rasa begitu...



selamat lihat bintang, harap kamu lihatnya dengan rasa gembira selalu :)



malam ini mahu lihat bintang-bintang lagi


hujan pun takpa,
sebab insyaAllah esok ada lagi





salam maaf
.sitinurshakirahsuhaimi.

Thursday 26 August 2010

.rainbow day; a report

Rainbow Day!!!



Ya, itulah mereka-mereka yang i dah spend almost three years together, mereka macam "rainbow" in my heart, colorful and wonderful. We called us as ELSers, a short form for English Language Studies, there are just 14 of us, and we connect more like a siblings than a friends. Yup, tipula kalau kata tak ada bermasam muka, hey but we manage to went through it.*clap clap

With them, I tak pernah jadi perempuan tertib(owh i pernah ker sgt tertib??), even for Ratha and Haffiz,(the only guys) both of them more like our big brother, we kutuk-kutuk, talked silly thing about each other then we gelak-gelak together. Owh, ilove them all, waktu tengok gambar neh tadi and upload to Facebook,  I cried*sebab sedih nanti tarikh yang sama next year (kalau masih bernafas di bumi Allah ini) , kitaorang akan berpecah and akan ambik masa yang lama untuk jumpa semula.

realrainbowmoment:
Sangat-sangat tersentuh hati dengan Ratha today, sebab yesterday, I already remind him to wear red but then this morning, instead of wearing red, he wore white tshirt with some blue color, I was like...... 
then I asked him, 

me: "Ratha, u supposed to wear red kan? alaaa *sambil wat muka sedih gila"

dengan kalaut-kalut, he said,

Ratha: "OMG, I forgot, sorry Kiki.. dont worry, I will manage"

then I cakap, 
me: "its ok Ratha, putih pon ok"

dia tak jawab, then jalan kalaut-kalut and go..
after that,
before our sociolinguitic lecture, he came to class wearing red tshirt..

then I asked,
me: "U balik bilik ka?? where did u get that shirt?"
Ratha: " hehehe, I pegi tukar dengan my friend, he wore red today, tahu tak I tukat kat mane?"
me: "Kat mana"*dengan muka curious
Ratha: 'Kitaorang tukar kat Subaidah (Subaidah is one of nasi kandar restaurant in USM) nasib baik tak ramai orang*sambil gelak-gelak"
me: Hang tukaq macam tu ja?? Depan orang ramai ka??

He answered : yup..*Pastu jalan laju-laju p kelas

then, i was soo tersentuh dengan kesungguhan beliau, dan mula menghebahkan pada masyarakat ElSer.. then he said,

Ratha: "weh, jangan bagitau kat orang, malu la"

~hahahahahaha

Okeh, mungkin ni benda biasa bagi korang, tapi bagi aku benda ajaib, "Korang berani ker nak tukar baju tak tentu hala kat kedai mamak?? hanya sebab nak share memory together... hanya sebab nak tangkap gambar dengan kawan, hanya takut "our elsers pelangi tak jadi".. sebab tu aku rasa ini adalah perkara ajaib.. heeeee 


Thanks to all my friends, yang mewarna-warnikan my life today, 
Yang sanggup jadi pelangi walaupun tanpa hujan :)





*More pictures??, do add me on facebook, please specify who you are.. because i rarely (tak penah) add people that i dont know.. facebook search: siti nurshakirah suhaimi








*gila sayang korang semua!!!

*self timer time!!!









selamat berbuka!!!
.sitinurshakirahsuhaimi.

Wednesday 25 August 2010

.to all ELSers, u guys real hOt!!!



i cant wait for tommorow,
esok adalah hari rainbow yang ajaib,
all of my coursemate will wear baju in one particular color,
and we will combine it all untuk jadi satu pelangi yang indah...
hohohohoho


this semester,
kitaorang selalu planned what we should wear
before this we had,
Traditional Day where all of us wore baju kurung and kebaya except for ratha and haffiz
the only two guys in our course,


then i planned,
how about a Rainbow Day?
walaupun penang tak hujan this few days, there's nothing wrong to become a rainbow kan??
hahahaha




semua dah pilih color memasing,
and i'll wear kuning sepenuhnya,
yuhu




whati learnedtoday: i learned that guys usually had just one major color in their wardrobe, guess what?? it's "black". and its quite difficult to ask them to think which colors in rainbow that they want to wear, because they dont have that colorful wardrobe.. but thanks ratha and hafiz for your cooperation dude, i appreciated it soooo... they both chose red and blue :)






*cant wait for a cam~whoring session tomorrow
**to all ELSers, u guys real hOt!!!






Its our final year here, maybe next year, we cant meet each other again because all of us akan jadi grown-up yang maybe too busy (haha, konon-konon).. sooo we will cherish each day possible :) 




we will share memories together,
soo that we had something to talk about,
in future,hehe
:)






.sitinurshakirahsuhaimi.


 

Tuesday 24 August 2010

.lets reset otak saya

gambar bersifat metaphor



selamat malam saudara saudari,

rasa macam nak deman, woooo tak nak demam
hari ini juga macam blur sesangat, real blur
kadang-kadang rasa mengong dengan diri sendiri,
sahur boleh lak bangun
set jam handset pukul5 then bangun pukul5 even sebenarnya handset elok je silent,
*yeah saya memang bijak, set jam tp handset silent (selalu)
soooo amatlah dengar dengan  nyaring bunyi alarm anda kan?? *ini sinis
tapi ajaib sgt sebab boleh bangun walau tido cam pukul2 lebih cam tuh
tahu kenapa??
sebab sahur itu equal to makan
[kelebihan yang tak boleh di banggakan lansung..hahahahah =p]


tapi, tapi, tapi,
lepas subuh boleh pulak lajak tido sampai pukul 8.20 dengan cik rumate
dan paling bahagia kelas pukul 9
tahniah sangat kat diri sendiri dan juga my rumate iqa merangkap coursemate
we all macam blessed gila
hahahahaha
*okeh itu sinis

sampai kelas tetap 9.05
jadi fikir sendirik la pesiapan-persiapan nak ke kelas
macam cincau dan air batu campur

pastu kat kuliah tadi rasa macam bendasing je diri sendiri
tak connect lansung dengan hapa-hapa
dah la duk depan lecturer
terang-terang gila muka blur




aiseh
harus reset otak neh!!!


*nasib baik cuma ada satu kelas hari neh **owh esok ada 4 kelas
***harap esok tak berimej blur lagi, mahu imej yang sharp and bright


*sila gembira and selamat berpuasa
**selamat sahur juga

.kiki.

[nak pergi hentakkan kepala atas bantal, rasa mcm dunia semakin mengembang di sekeliling.
sangat perlu, perlukan mimpi indah]

Saturday 21 August 2010

.Nur fatihah umairah

tahniah utk kgma and abg syam (my cousin)
tahniah dapat seorang baby girl




*owh maaf takda gambar baby, sekarang kat penang, cik gmah kat melaka, tunggu sama-sama balik perak baru bergambar~ngeee





Nurfatihah Umairah binti Mohd Syam Hafiz


wah, wah, wah,
tak sabar nak tengok fatihah...


*yea sy bertukar jd seorang cik yong yg berdedikasi
hahahahaha =p



Saturday 7 August 2010

.pindah

hari ni bangun pagi baca paper
~things that i rarely do
tahniah cik kiki


oh hari ini mahu pergi tolong cik gmah (my cousin) mengemas
dia mahu pindah dari penang
hatinya jauh di melaka



sila gembira sis!!

Wednesday 21 July 2010

.diet plan



this few day, perkataan diet adalah perkataan yang paling banyak digunakan.dan adalah juga masa untuk diaplikasikan, jangan fikir diet cuma sebab nak kuruskan badan cuma, diet juga boleh jadi satu financial plan yang bagus. so mari kita discuss, what to do dan kelebihannya... of course la, kalau diizinkan Allah anda akan dapat mengurangkan berat badan anda..

semenjak dah feeling-feeling diet neh...haha.. budget duit tiap hari adalah amat ciput, semenjak sampai kat usm minggu lepas, makan tengahari tak pernah melebihi rm2 setiap hari.. bagus tak?? hehe, *owh lupa nak cakap, pada junior baru yang macam nak makan murah-murah boleh la p makan kat cahaya gemilang,. amik sup sawi dengan tauhu tak sampai rm 1.30,*tauhu adalah makanan ruji budak major aku, hahahaha.... alah kalau makan ayam pun murah je dalam rm2.50 jee..

kalau tiap hari diet, makan nasi ngn lauk pauk paling mahal pun cuma rm2... so dah berapa banyak saudara saudari dapat simpan, kalau seminggu?? kalau sebulan? kalau satu semester?

so macam neh, put aside duit belanja makan tiap hari,jangan pakai  beli hapa-hapa,... kalau saudara-saudari membudget rm5 utk makan, so kalau makan dalam rm1.50, ada lebih lagi rm3.50.. so cuba fikir, kalau sehari rm3.50 seminggu dah berapa?? sebulan?? dalam masa sebulan, kita dah dapat beli baju dan kasut baru, atau boleh beli novel... atau boleh jalan-jalan... kalau korang budget rm10?? haa.. bukankah lagi banyak tabungan kita??



tengok, diet itu sangat indah.. butui tak??

foremost: jangan makan malam!! jangan makan malam walaupun anda rasa nak makan sangat-sangat.. atau bila kawan ajak makan burger... sila jawab dengan big no

jangan skip sarapan.. makan lah apa jee.. boleh juga beli kelog's special K, hehe macam aku dengan mel dah beli semalam... cuba makan corn flakes yang takda rasa hapa-hapa, tak sedap lansung tuh walaupun anda amat teringin nak makan nasi lemak ke roti canai pagi-pagi...

boleh jugak bayangkan corn flakes sebagai makanan kesukaan macam nasi ayam ker hapa...*aplikasikan daya imaginasi anda :) 

Jangan minum ais.. orang kata, minum ais buncitkan perut, aku tak tahu la mitos atau fakta, sebab setengah orang cakap minum ais ok jee... so daripada kita dok sibuk fikirkan "mitos atau fakta" lebih baik kita cuba eksperimen sendiri... then kita dapat confirmkan sendiri pada generasi masa depan...gitu? lagi satu, kalau minum air masak ke mineral ker, kan ker lebih murah... so jimat lagi.. ye tak??

cerita kat kawan-kawan yang anda sedang diet, so anda akan lebih sungguh-sungguh.. gila malu la kalau tak jadi apa-apa kesan lagi beberapa bulan... 

exercise.. tak kira la hapa punya exercise pun.. ha lagi satu, jangan asyik naik lif, cuba naik tangga, kesian cik tangga  tak ada orang nak guna... mana tahu, hasil toleransi dan budi pekerti anda dengan cik tangga, anda akan dapat keajaiban... 

research.. hapa ingat buat asignment je kena buat research?? jangan jadi narrow minded, google la hapa-hapa plan yang bermanafaat untuk diet... pertimbang elok-elok then guna.. jangan bijaksana membuta tuli...

gudluck!!
*heh, sebenarnya ucap untuk diri sendiri :)

.melalut

*siyes aku tak suka buka belog yang kena loading lama, sebab berat bagai nak rak.. aiseh !!penat cik laptop. sebab tuh jugak aku tak suka letak manyak benda kat belog ajaib ini, sebab tak nak kejadian tu berulang kat diri sendiri, sebab penat bila tengok blog lambat loading, sebab aku je syok sendiri baca blog sendiri... hahahaha so tak nak penatkan diri sendiri... self obsession

so aku juga dah buang encik nuffnang dari list dalam belog, sebab dia memang takkan bantu bila hujung sem, encik suhaimi akan bantu..heee~ dah belajar hilang perasan, sebab kalau setakat belog yang tulis repekan sendiri macam neh 20 tahun lagi pun belum tentu buffered.. ini macam life journey,heehehe cewah perasan sungguh ang kan kiki?? takla nie macam cerita-cerita biasa je, sometimes, bila aku tak tau nak tulis hapa, rasa macam better stop je tulis belog.. but then, aku dapat inspirasi kembali...heeeh okeh perasan lagi sekali

tapi aku still kuno, sebab masih tulis diari merah jambu yang balut elok-elok dan simpan dalam laci., sebab ada setengah benda susah nak kasi orang faham ataupun benda tu sangat tak penting untuk orang lain tapi aku rasa macam sangat ajaib sangat. the best part bila tulis diary adalah, bila bacanya balik... sebab daya ingatan yang terhad, so bila baca balik kita akan ingat benda kecik sampai benda besar-besar.. tapi ada jugak perkara yang tak payah simpan dalam diary kita akan ingat selalu, usung sana usung sini, jalan-jalan, pastu pusing balik pun still ada lagi, lari-lari anak pun  ada lagi, pastu kita pun faham perkara tu takkan hilang, so kita pun belajar selesakan diri...


eh sekarang dah masuk hari lain, selamat datang hari rabu!!!

tak tahu nak merepek apa lagi..

assalamualaikum


Monday 19 July 2010

.kelip-kelip


indahnya ciptaan Allah

Ada banyak perkara kat dunia ni yang kita lihat sebagai benda biasa tanpa makna tapi orang lain lihat sebagai keajaiban. jadi benda biasa kat kita sebab kita selalu ada benda tu, kita selalu tengok benda tu, kita tak rasa betapa ajaibnya benda tu. kadang-kadang kita kena take time untuk lihat satu benda, bukan jalan laju-laju and rush lepas tu hilang separuh perjalanan.


 

Semester lepas waktu kitaorang sembang-membang, tetibe terkeluar cerita pasal kelip-kelip aka fireflies, sebab kelip-kelip nie macam cahaya bintang-mintang, serius aku sangat terkejut bila tahu si kalai tak pernah jumpa  atau pernah tengok seekor pun kelip-kelip in person, sangat-sangat terkejut sebab aku rasa kelip-kelip tu kan macam serangga biasa yang kita selalu jumpa bila malam-malam lepak kat luar rumah. so sangat ajaib bagi budak kampung macam aku kalau tidak ketemu dengan kelip-kelip sepanjang 22 tahun neh.

waktu cuti semester, tengah siap-siap nak mandi, aku terjumpa dengan seekor kelip-kelip yang hampir nak lemas kat kolah*tak tahu la translation untuk perkataan kolah tu hapa, sila gunakan teknik berfikir,heeee~ kuasa cahaya kelip-kelip tu pun dah macam lemah sangat, pastu selamatkan dia then biarkan dia terbang.

nak tahu perkara ajaib?? waktu cuti semester tu juga, si kalai jumpa seekor kelip-kelip tersesat masuk rumah dia, dia akhirnya dapat tengok kelip-kelip. sweeet tak??

sashi cakap, aku adalah pompuan gila yang percaya kelip-kelip yang aku selamatkan dari perak boleh terbang dari perak ke penang.

aku percaya ker?
gila la kalau aku percaya...

tapi kalau dengan selamatkan banyak kelip-kelip dari lemas boleh buatkan my friend happy dan bercerita dengan mata bercahaya,
aku sanggup selamatkan banyak-banyak lagi


.cik kiki.




notauntukaku: kenapa rasa macam baca karangan aisyah (my adek) yang darjah 3?? hahaha

Saturday 5 June 2010

.pipi dan saya

Bismillahirahmanirrahim~ mari kita sama-sama doa untuk saudara kita  di palestin, seluruh dunia :)




Tadi kenduri cik sepupu, err actually macam ayahnya sepupu dgn ayah sebab tok dia adalah adik arwah tok. So kalau anak sepupu dengan sepupu, hubunganya jadi apa ek? Memudahkan cerita sepupu la kan.. haha biasala kenduri kahwin ramai sedara mara, nak jumpa orang luar susah sikit sebab kalau kenduri kat kampung nie, pusing kiri kanan sedara kita je.
Tadi (asyik mulakan perenggan dengan tadi jek, tak critical writing butui,hahaha) juga jumpa cikgu sekolah merangkap guru kelas zaman muda-muda dulu. Heeh, tetibe fikiran bersimpang siur teringatkan keindahan zaman sekolah, wah ayat tak tahan berbunga.. tapi macam bengong jek guna perkataan bersimpang siur untuk fikiran~heee
Tengah siap-siap nak pulang dengan puan hamidah, tetibe cikgu tegur... err macam rasa bersalah jugak sebab tak tegur cikgu dulu.. abih perempuan rabun macam neh apa yang nampak,hee~ kanta pembesar tak pakai tinggal kat rumah.
Cikgu: shakira, nak balik dah ka?
myself: eh cikgu~ (salam sambil peluk-peluk)
Cikgu: amboi bulatnya pipi kamu sekarang, padan cikgu tak perasan tadi~cikgu gelak
myself: ~(mati kutu tak tahu nak balas apa, sengih-sengih pastu tanya) cikgu sihat? Walaupun tahu cikgu sihat walafiat sampai siap berjalan-jalan mai kenduri. Strategi alih dari bicara topik sensitif,haha
Cikgu: sihat, kamu kat mana sekarang? ~cikgu gelak tak habih lagi neh. Tak tau nape. Pelik gak. Heee~
myself: penang, usm cikgu. Abih cikgu, sekarangkan cuti, nie tengah manfaatkan masa cuti la sekarang (sengih-sengih)~ jawapan berkias kenapa pipi bulat.haha
Cikgu: yela kamu kan duduk penang, selalu sangat kena angin pulau, tu yang pipi pun dah kembang tuh~ (cikgu cakap sambil kembungkan pipi,pastu gelak).

Abih macamana sekarang?? Berita shakira berpipi bulat akan tersebar ke sekolah,haha nasib baik sekarang cuti sekolah, fuhh... apa strategi yang patut diguna pakai sekarang?? Temptation manyak woooo, sedang berkira-kira nak diet sedangkan sekejap tadi puan hamidah sedang berkira-kira nak wat beriani isnin nih. Kalau time makan, makan sikit je, ayah akan cakap “kakak kenapa makan sikit sangat?”
“orang nak diet la ayah”
“dok diet-diet buat apa, makan je nak makan apa”
~ngeee

Macammana neh?

.cik kiki.


Notawondering: tertanya gak dari tadi, angin pulau memang akan sebabkan pipi kita bulat ker?? Nape orang lain tak pong??hahaha.. cikgu dari dulu sampai sekarang memang tak berubah, miss those
moment lor :)




Wednesday 2 June 2010

.tentang cuti

 petang tadi baru lepas hujan


baru lepas nonton, ceh cuti-cuti nie manyak sangat nonton tivi, kadang-kadang tuh macam cerita yang tak berapa nak best sangat pon, gagahkan diri juga nonton, macam sengal jek. ingat bersenang lenang tu macam best sangat, yela seminggu dua tu boleh la tahan. tapi bila dah lama-lama macam ni, agak bosan juga sebenarnya... wah, confession neh, cuti dianggap membosankan.

saya bukanlah terrer sangat tapi rasanye dah boleh hagak esok rutinnyee adalah lebih kurang jek. pepagi rumah akan riuh dengan seorang budak sekolah rendah dan seorang budak sekolah menengah, pepagi buta baru nak susun buku la, cari stokin la. seluruh masyarakat rumah akan kecoh. heh, selalunya lepas subuh akan sambung tidor semula. kalau sambung tidor dan  mimpi lama-lama, encik suhaimi akan panggil dengan suara garang.so pandai-pandai amik hati beliau di pagi hari,hahaha tido sila berpada-pada~heeee

lepas tolong mak masak sikit-sikit, kemas rumah serba sedikit, lepak-lepak banyak-banyak~hahahaha dengar cerita budak-budak tu balik sekolah, selalunya ecah akan ada banyak cerita. then dia pegi sekolah agama petang, syarul dgn mak layan cerita tasbih cinta. then, me off masuk bilik. dengar red sambil bace komik, semua komik lama-lama dah khatam, heee~shin chan dah habih minggu lepas, so minggu ne detektif conan, tapi tak banyak la komik conan, ade tak yang nak bagi pinjam?? 

interframe jap:
ha, haritu pinjam novel cik nini, tajuknyee "jaja&din" uh sangat best, best dan best. sila baca banyak kali. okeh, nanti wat entry tentang novel ajaib ini.

sekarang neh petang-petang ada hobi baru, main badminton then 630 tengok drama indon yang best bangat "benci bilang cinta",heee~

lepas magrib ajar ecah mengaji then sambung jadi guru tuisyen tak bertauliah. then nonton sampai 12 malam, kadang-kadang dengar red nite love song tengah-tengah malam, pastu perasan  semua lagu ditujukan buat diri sendiri,then lepak-lepak sampai mata mengantuk


okeh, tak payah cakap~ membacanya saja buat anda mengantuk~yeee

.cik kiki.


notamalam-malam: tapi bila duduk dengan ur family, bosan-bosan tu kadang-kadang boleh bertukar jadi cuma 0 point beberapa percent :)





Thursday 6 May 2010

.sabtu, sabtu dan sabtu


 hahaha.. tak tahan gambar*padahal balik kampung naik bas jee selalu
photo credit pada encik google



hari ini khamis...heh, hidup tanpa kuliah, asigment, tutor agak dull (ececeh padahal time kuliah ko ponteng monteng je tak cik kiki?)hahaha... dan turut ada masalah mengingati, macam hari ini hari apa? eh bukankah hari ahad?? kalau waktu cuti, selalu menganggap setiap hari adalah ahad sebab ahad equal to cuti~ atau mungkin jugak ahad adalah hari yang kurang sibuk, seperti sekarang~ owh tapi hari ini adalah khamis...
see, tengok kan saya sudah cakap tadi...heee

masih dihostel, belum pulang kerumah (dan sangat gila-gila dan hampir gila untuk pulang ke rumah,aiseh), bukan ada hal yang berfaedah sangat disini~ dan setiap hari terpaksa menjadi orang yang mengucapkan selamat tinggal pada kawan-kawan, sedangkan time anda balik nanti, tiada siapa akan papai kepada anda~oeh takpe, hidup perlu terus... bajet macam depressed sangat~hahaha

saya akan balik sabtu, mungkin pagi~ selalunya setiap semester ajaib lepas adalah balik sendiri bersama bas. tapi barang-barang yang amat bertambah dan mungkin akan bertambah lagi pada semester depan memerlukan dibawa pulang dan hari sabtu bersamaan hari cuti berbanding hari khamis hari bekerja (u got what i mean here?) ~mungkin mereka, errr i mean barang-barang ajaib saya sudah penat tinggal di stor (padahal hang yang penat nak angkut letak kat stor dan angkut ambik balik awal semester depan....ye tak?)~okeh itu amat betul,haaaa

sebelum sabtu, ada hari ini which is khamis dan esok jumaat~
sedang berkira-kira apakah yang harus dilakukan pada kedua hari yang ajaib tapi kurang ajaib berbanding sabtu ini~


owh tahniah kepada yang sudah pulang
sila happy

:))


.cik kiki.


notaapakah: owh malas tulis nota boleh??



Saturday 1 May 2010

.formspring me-versi menjawab soalan :)

 itu my profile, ya memang tiada gambar, bayangkan shadow itu adalah saya :)
ngeeeh



siapa belum membuka formspring account. sila buka, rule no 1 and the last one, sila jawab semua soalan yang diberikan~walaupun anda rasa amat tidak ingin menjawab. sudah bukak formspring beberapa bulan lepas, tapi tiada siapa membuat formspring, sekadar menjawab random question dan berasa diri sendiri amat syok sendiri~ngeeeh

so sekadar suka suki letak dekat belog ini. rupanya ada soalan yang ditanya dari siapakah??*owh tertanya-tanya... "maureen, adakah awak??"  dan inilah jawapan saya yang terlalu banyak tidak menepati piawaian*owh asalkan menjawab sudah cukup bukan??

soalan tentang tido


soalan tentang nak jadi heroine filem apa



soalan tentang my fav story for my english literature subject



soalan tentang my fav lecture (ini mesti dari seorang course mate,hahha... i think i know who)


soalan tentang sambungan master

soalan tentang requiment of special someone,hah??





semua soalan formspring telah dijawab.
soalan exam tinggal lagi satu paper public relation' this upcoming tuesday, then saya akan isytiharkan "cuti"
:))



.cik kiki.








notasinikalkepadadiri: harap soalan-soalan yang telah dijawab dapat membantu anda menjawab exam pada selasa ini cik kiki. belum sedar diri?? cuma tinggal dua hari untuk menstadi!!! gunakan!!!

Friday 30 April 2010

.in the name of life :)



semua orang ada nama yang indah. indah sebab mak ayah kita yang tersayang memberi nama yang sebegini indah kepada kita. wink*

Kalau orang kita sekarang nie, selalunya gemor bagi nama arabic, owh mengikut zaman sayalah, kalau zaman sekarang banyaknye campuran pelbagai bahasa. itu tidak menjadi hal, terpulang kepada ibu dan ayah, tapi harus juga maksudnya indah-indah. nama yang jadi panggilan sampai bila-bila, dunia ilal akhirat :) jadi haruslah baik-baik:)


Siti nurshakirah, err ertinya siti cahaya berterimakasih. owh amat besar tanggungjawab yang telah di berikan ayah. takut tak menjadi seperti nama sendiri, minta dijauhkan. siti ertinya macam gelaran untuk perempuan. walaupun siti juga sebahagian dari nama, tiada juga yang memanggil saya siti, cuma seorang kawan waktu sekolah rendah sampai sekarang kalau berjumpa dimana-mana akan panggil siti. setiap kali dia panggil, saya akan rasa amat ayu*hahaha, okeh itu perasan.
Tiada juga sesiapa memanggil nur, mungkin akan simpan menjadi panggilan manja bila berkahwin*okeh, ini bukan lagi perasan tapi mengatai~ngeeeh


Shakirah adalah nama saya yang formal, haha, kerana nama ini selalu digunakan dalam urusan-urusan yang bersifat formal seperti pengajaran dan pembelajaran, kalau kat rumah ayah akan panggil "shakirah" dengan suara yang stressed dan mimik muka garang bila saya membuat beberapa kesalahan, seperti mengusik adik. atau bercakap tanpa henti sehingga menganggu ketenteraman awam. Sungguh, dari kecil saya akan dapat trace kalau ayah marah diri saya sendiri, sebab kalau ayah marah, ayah akan panggil "shakirah" dengan suara garang sekali. jadi boleh concludekan disini, "shakirah" juga macam pengera keselamatan yang akan bip bip sebagai petanda anda telah menaikkan kemarahan ayah anda. hihi :P tapi selalunya dirumah, saya dipanggil kakak, kakek, kak yong dan juga kirah. owh huruf "k" banyak memainkan peranan dalam hidupku ini~ngeeh

saya amat bengang, i mean real bengang kalau orang tersalah eja my name,
shakirah harus di eja dengan ~shein alif kaf ya ra ha~ atau shakirah
bukan sakirah ~sin alif kaf ya ra ha~ maksudnya amat tidak enak kalau sakirah
weee
tengok,
satu huruf dah boleh ubah semuanya.



jangan tanya apa erti kiki, saya sendiri tidak tahu. sebab kiki itu ringkasan dari kira, yang saya sendiri juga tidak tahu, hahahahaha...


okeh, anggap kiki adalah macam bunyi ketawa "ki... ki.... ki...."
kerana saya suka ketawa-ketawa gumbira
~ngeeh







notawondering: kalau sudah berumur (dan masih bernafas dibumi Allah ini) dan punya cucu cicit, agak lawak untuk cucu cicit panggil opah kiki atau nenek kiki atau tok kiki. hahahahahaha


nak bukak website maksud nama-nama tekan sini
:)

Monday 19 April 2010

.kata-kata pujian dari adik dan ucapan exam menarik

 
waktu rindukan adik, kata-kata kutukan ini pun seperti kata-kata pujian berbunga-bunga bersama persembahan air sirap oleh adik-adik selepas kakak mereka penat menonton tivi (hahahahaha)


 

Nak tengok gambar tekan link ini (gambar)
Minggu lepas upload gambar zaman kanak-kanak ribena sendiri di facebook. dan kerana hanya beza umur 2 tahun dengan si syafiq, jadi manyak gambar kecil dengan si syafiq berbanding syarul dan aisyah yang lahir angkatan selepasnya. hari ini baru habih first paper, so next week baru paper selepasnya, buka facebook mendapat kata-kata pujian yang amat bermakna dari adik sendiri. (kami selalu melawak kasar, bercakap kasar dan mengutuk sesama sendiri, tapi saya yang paling sulung dan kasar tapi diri sendiri juga yang selalu telefon adik-adik menangis sebab missing sama mereka dan waktu itu rasa macam anak paling bongsu)

owh sangat rindu sama MEREKA!!!


Sekarang musim exam, sangat banyak ucapan selamat menjawab exam dari semua, thank you banyak-banyak!!! dan sesi menelefon mak ayah selang 3 jam. tapi bukak facebook tadi mendapat ucapan exam yang amat menarik dari kakak sepupu kesayangan...


jom shopping ki...~cik kiki nk amik exam kat mall x??

wah shopping memang amat besh, besh and besh tapi untuk amik exam di mall mungkin bukan cadangan yang baik =P hahahahahaha..... (buat muka siries ala ala jarang terpengaruh untuk shopping)




owh lamanya tidak dapat bergumbira shopping(padahal baru membeli syepek mata betty warna kuning dan juga selendang kuning minggu lepas) kenapa amat tertarik pada kuning sejak akhir-akhir ini?? huhuhuhuhu









notagumbira-gumbiri: tahniah untuk my cousin along n kak shidah and my mak jang sebab mendapat anak dan cucu si Ummul Alya Mohd Helmi.. ~alif lam ya~ macam kiut jee semua org panggil si Alya dengan ~alif lam ya~ ;))






Sunday 11 April 2010

.membebel je~tidak perlu baca





ingatan pada diri
(oleh kerana, ini belog cik kiki so saya mempunyai hak maksima untuk menulis hapa-hapa)

hari ini ahad, okeh sebab sudah 3.58 am ketika post ini di tulis walaupun amat rasa macam sabtu sebab masih macam siang (err macam setiap hari kita tidur dan selepas bangun tidur hari telah berubah menjadi hari lain, dan kalau tidak tidur amat sukar nak merasakan perubahan itu, macam hari yang tidak berubah, hari sabtu terus menjadi sabtu dan ahad rasa macam jauh walaupun sudah sampai separuh hari ahad)
*owh saya sedang cakap sh*t lagi, membebel

hari ahad
owh rasa macam nak balik rumah, patutkah?
rasa macam lebih banyak tidak patut
hari ini sudah 11hb
exam bakal start 19hb(1st day kot) tak tahu hendak rasa bangga atau apa*mengong!!! ayat.



so ada lagi 8 hari untuk exam
bersamaan 192 jam
tolak tenet, muvie, sembang sembang ilmiah*hahahahaha.sengaja besarkan
mungkin hanya tinggal beberapa jam saja
okeh kalau tolak pulak balik rumah pagi karang,
tinggal 192-48
*takkan sehari je balik, ye tak???
144 jam.. banyak 4 macam bukan angka yang elok, kata cik mei ling (bukan nama sebenar)









heh, merepek melalut je pompuan neh...



sudah nak masuk pukul5..
okeh selamat hari ahad kawan-kawan!!!
;)

Friday 9 April 2010

.cara untuk membuat assignment last minit dengan mata yang segar

esok ingin hantar asignment?? dan anda rasa macam mahu mengekalkan stamina dan menghilangkan daya mengantuk anda??


aplikasikan cara ini;


minum gatorate
*minuman yang menjadi pilihan cik aina untukmemberikan tenaga berterusan

kalau boleh beli yang botol besar, ini bukan pandangan picisan je pasal tiger woods pon minum air demikian, malah turut menjadi spokesperson untuk minuman ini.




minum perl kacip fatimah
*kata iqa minuman ini mengekalkan tenaga kerana kita mungkin tidak dapat tidur selama beberapa hari
rm 2.50 kalau beli kat kafe bawah dan mungkin mahal kalau beli kat sevenE, sila jadi pengguna yang bijak dan berdedikasi.


minum ali kafe
 hari ini telah share setin kopi ini bertiga-tiga. dan juga telah membuat air kopi 2 sachet dengan jumlah air yang amat minimum. yesh!!! konfom tidak dapat tidoq.





menyediakan kudapan/kerepek atau asam dalam kuantiti yang mencukupi

 
 tapi pastikan beli kerepek/asam yang murah-murah sudahla, yela dah hujung-hujung semester ini kan, budget pong dah tak ada. budget rate dari rm1-rm2 sudah la, ye tak??








bahan yang paling penting adalah, jeng jeng jeng








air masak
 selepas segala bahan chemical itu bergabung, err maksud saya bahan bacaan+bahan makanan, maka kita memerlukan air masak atau air water cooler untuk meneutralkan bahan-bahan tersebut.



 sekarang sudah cuba kesemuanya sepanjang dua hari ini
cant wait for jumaat!!!
Eh dah masuk jumaat rupenyeeeee






.cik kiki.






Friday 2 April 2010

.hari ini dan semalam



 *sangat penat



okeh, semalam* tidak update belog ini
*konfius la dengan pengunaan semalam dan kelmarin?? apa yang patut digunakan eh?? (sila tukar ikut kesesuaian sendiri)

semalam juga tak ada air(maksud saya tiada bekalan air), huh macam sengal je, rush semalam siap-siap terpaksa mandi cuma 10%,hahaha.(siapa jumpa i semalam nasibla)
  ~ngeeeeh

semalam sebab sakit kepala sangat (napa entah dua hari ini asyik sakit kepala) tertidur awal, tidur awal tidak salah, tapi tidur awal salah kalau anda tengah buat asignment, me ended up sambung buat pagi tadi, owh nasib baik hantar sebelum 5... rasanya pegawai perhubungan awam yang profesional pun tak buat kerja media kits tu dalam masa yang sangat hampeh begitu.

hepi dengan apa yang saya buat,hahahaha. still saya tidak buatnya dengan sangat cincai*kononyee,(adakah itu benar cik kiki?) walaupun waktu hantar lecturer sudah ada depan pintu ajaib milik beliau*cuba pujuk hati sendiri. huh, sengal kau kiki;P

hari ini sangat sibuk( diri sendiri yang buat keje last minit)
belum sempat makan dari pagi, cuma pagi minum koko and cicah* biskut* atau kita boleh gunakan perkataan celup disini?? dan lepas balik print makan cekodok, uh rindu my mak punya cekodok!!!!

thank you rehan(adik duduk bilik sebelah)
kerana tumpangkan kak iki pergi dan balik kampus hari ini. dan juga terima kasih untuk sudi bawa jalan-jalan ronda.

balik bilik pukul5 lebih,
tolong mekapkan si kalai dengan farah yang nak pergi dinner malam ini. dan juga mel. harap mereka paling happy malam ini.huhu

mandi,

tengok berita jap kat www.um.com.my(bagi orang yang malas turun bilik tivi, boleh buka itu)... *tetibe je nak tengok berita, padahal selalu malas je.

taip entry "happy birthday alisya"-harap dia dapat yang paling indah dan selesa dunia ilal akhirat.

sekarang sedang taip entry ini, dan lepas ini mungkin tengok movie atau facebook.
jarang berfacebook, cuma tengok wall jap then keluar...hahaha


.cik kiki.







notahatikumalaslagi: owh, malas sangat nak turun kafe, buat maggi 2 minit jee ye tak?? :)